PPBM Sabah Sokong Tun M Sebagai PM Ke 8

Kenyataan Media
BERSATU NEGERI SABAH

26 Februari 2020.

BERSATU SABAH SOKONG TUN M SEBAGAI PM KE-8

KOTA KINABALU: Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah menyokong penuh Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk terus menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia (PM) ke 8.

Ketuanya, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, khidmat dan kepimpinan Tun Dr. Mahathir amat diperlukan oleh negara bagi meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang, disamping mengurus ekonomi negara dengan baik.

“BERSATU Sabah menyokong penuh Tun Dr. Mahathir dilantik menjadi PM Malaysia ke 8 bagi menyatupadukan rakyat, mewujudkan kerajaan yang stabil dan meneruskan agenda pembangunan negara.

“Yang lebih penting sekarang ialah negara memerlukan Tun Dr.Mahathir untuk mengurus dan memulihkan ekonomi kita yang agak suram sekarang, berikutan kemulut politik negara dan penularan wabak Coronavirus (COVID-19)”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, negara memerlukan seorang pemimpin dan tokoh seperti Tun Dr. Mahathir bagi mengurus dan meletakkan ekonomi negara di landasan yang betul bagi mendepani cabaran kemelesetan ekonomi global.

“BERSATU Sabah menaruh sepenuh kepercayaan kepada Tun Dr.Mahathir dan yakin beliau sajalah yang dapat membentuk kembali Kerajaan baharu yang stabil dengan pengurusan ekonomi negara yang baik demi kesejahteraan rakyat jelata”, tegasnya.

-End.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.