UMNO tidak menuntut DAP Dikecualikan Dari Kerajaan Perpaduan

Gambar Hiasan Rais Duduk Tengah

Suka admin mengangkat berita yang bakal merungkai polemik yang cuba dipropagandakan oleh pembangkang UMNO sejak dua tiga hari yang lepas.

Kita tahu kan kenyataan setiausaha UMNO Annuar Musa sejurus gagal mendapat kata sepakat daripada Tun Dr Mahathir berhubung pembentukan kerajaan baharu atau perpaduan. Di mana setiausaha UMNO itu telah memberikan alasan yang akhirnya membuat Tun atau PPBM kelihatan jelek di mata rakyat Malaysia khususnya mereka yang anti DAP.

TAPI RUPA-RUPANYA APA YANG BERLAKU ADALAH SEBALIKNYA. SIKIT PUN UMNO TIDAK MENGGARISKAN DAP SEBAGAI HALANGAN PERMUAFAKATAN.

Menurut ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM Rais Hussin. Ketika ditemubual oleh wartawan Astro Awani.

Hanya ada dua syarat yang dikemukakan oleh UMNO. Syarat pertama UMNO dan PAS mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran secara en bloc atau keseluruhan.

Syarat kedua UMNO mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan pada kadar yang segera.

UMNO mempersalahkan DAP untuk segala-galanya, termasuklah yang kononnya menyebabkan permuafakatan atau pembentukan kerajaan perpaduan gagal direalisasikan. Dalam hal ini kenapa UMNO tegar menyalahkan Tun atau PPBM sedangkan yang menentukan syarat adalah UMNO?

Muslihat apakah yang cuba dikenakan pada PPBM.

Pokoknya menurut Rais Setiausaha Agung UMNO kata DAP adalah faktor mengapa UMNO menolak kerajaan perpaduan. Walhal dalam rundingan mereka Kewujudan DAP bukan sebahagian daripada syarat UMNO.

Bukankah ini yang dipanggil hipokrit hipokrasi atau kalau kita Islamkan kemunafikan lain yang di cakap lain yang dilakukan.

Pada UMNO agak-agak jugalah kamu tu pihak yang ditolak oleh rakyat pada PRU yang lepas. So takkan pula tiba-tiba menjadi kerajaan. Di mana keadilan untuk majoriti rakyat Malaysia, rakyat Malaysia ni bukannya semua ahli UMNO.

Kesimpulannya sebagai parti yang paling tua di Malaysia jangan lagi amalkan adu domba, fitnah terutamanya. Beranikan diri itu bertanggungjawab atas perbuatan yang telah dilakukan, jangan sebaliknya menjadikan rakyat ini sebagai perisai tapi dalam masa yang sama sanggup menipu rakyat, secara terbuka lagi tu.