Hipokrasi UMNO Selepas Kegagalan Membentuk Kerajaan Bersama Tun M

Ini kalilah Najib atau adminnya dan Annuar Musa kantoi besar.

UMNO sejak menjadi pembangkang mereka mulai menjitukan propaganda bahawa DAP adalah musuh Melayu.

Sebenarnya bukan musuh Melayu tapi bahan yang sengaja dicipta untuk penyokong UMNO yang sudah hilang kewarasan.

Matlamatnya adalah untuk menyemai kebencian para ahli atau jentera UMNO keatas kerajaan PH.

Najib menerusi entrinya menafikan dakwaan Khalid Samad bahawa UMNO adalah parti yang menjual bangsa Melayu dengan merujuk kenyataan Setiausaha Agung UMNO Annuar Musa semasa gagal membentuk kerajaan bersama Tun M.

Bahawa UMNO atau pembangkang menolak kerjasama dengan DAP dan mencadangkan agar Parlimen dibubarkan.

Tapi tahukah anda lama sebelum ini UMNO telah cuba mencari jalan untuk bekerjasama dengan DAP kerana UMNO sedar tidak ada bezanya antara MCA, Gerakan dan DAP mereka berasal dari leluhur, sikap dan pemikiran yang sama yang penting adalah undi yang akan diberikan.

UMNO Sedia Jalin Kerjasama Dengan DAP

Oleh itu kenyataan Najib Razak dan Annuar Musa yang kononnya UMNO tidak sanggup bekerjasama dengan Tun Mahathir (Tun M) kerana Tun M pro DAP hanyalah pembohongan politik semata-mata.

Ia bukan hanya boleh dibuktikan dari konteks entri ini tetapi tindakan Tun M baru-baru ini yang meninggalkan Pakatan Harapan (PH) sebelum meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Yang berlaku adalah begini kenapa saat akhir Tun M menolak pelawaan UMNO adalah disebabkan permintaan UMNO yang tidak sanggup ditunaikan oleh Tun M. Permintaan UMNO itu ialah agar kes salah guna kuasa yang melibatkan mereka digugurkan.

Kesimpulannya jangan mudah percaya pada pembangkang UMNO yang semakin terdesak, terdesak mencari kekuasaan yang hilang angkara pengkhianatan mereka terhadap kepercayaan Rakyat.

Sekarang baru mereka rasa erti sebenar berpolitik tanpa kuasa itupun masih lagi bodoh sombong. Patut boleh terselamat dah, kalau tidak terlalu bernafsu.