Christina Wajar Melepaskan Jawatan Timbalan KM Sabah

Gesaan buat yang kesekian kalinya sekaligus menguji kredibiliti Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal.

Adakah Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal menghormati undang-undang atau sebaliknya mengenepikan undang-undang seperti yang beliau lakukan terhadap Pengarah Air Negeri Sabah, Amarjit Singh yang dipertahankan melalui kuasa eksekutif.

Kita tahu sebelum ini pembangkang parti tempatan Sabah, Yong Teck Lee ada menyuarakan tindakan yang wajar diambil oleh Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal ke atas Pengarah Air Negeri Sabah, Amarjit Singh agar melepaskan jawatan. Selepas hakim Mahkamah Kota Kinabalu mendapati perlantikannya sebagai pengarah air negeri Sabah tidak sah di sisi Akta Pekerjaan Negeri.

Namun sehingga hari ini Amarjit Singh masih menyandang jawatan itu kerana mendapat restu atau pembelaan daripada Ketua Menteri Sabah agar jangan berganjak.

Kali ini pembangkang tempatan Sabah, melalui Jeffrey Kitingan mendesak agar Christina Liew melepaskan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah. Selepas Mahkamah Persekutuan mendapati Christina Liew adalah antara individu yang bertanggungjawab ke atas pelanggaran hak berhubung kes perebutan tanah di Lahad Datu. Dimana Hakim Persekutuan telah menolak rayuan Christina Liew untuk mengemukakan bukti baru berhubung kes itu dengan kos RM30,000.

Ini kerana menurut Jeffrey Kitingan undang-undang negeri ada memperuntukkan bahawa mana-mana ahli undangan negeri yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dikenakan hukuman melebihi had iaitu penalti lebih dari RM 2000 atau penjara lebih dari 2 tahun maka secara automatik dia gugur dari jawatan yang disandang.

Menurut pembangkang Jeffrey Kitingan jika perkara yang dihadapi oleh Christina Liew ini tidak ditanggapi seadanya oleh sebuah kerajaan yang berdaulat
maka bertambah kuatlah tanggapan rakyat atau masyarakat Sabah bahawa kerajaan negeri hari ini tidak menghormati undang-undang. (Lebih kurang begitulah)

Di mana letaknya harga rukun negara yang menekankan kedaulatan undang-undang, tambah Jefri Kitingan.

Bermaksud Christina Liew perlu selepas ini meletakkan jawatan sebagai Adun Api Api, Kota Kinabalu dan Ahli Parlimen Tawau sekaligus jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Kalau Christina liew ni betul berpendidikan tinggi semestinya dia berlapang dada melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah. Jangan lagi menambah persepsi masyarakat Sabah terhadap kerajaan Warisan yang kita pun tahu banyak isu pentadbiran yang walaupun gagal dilaksanakan tapi telah menjejaskan kredibiliti Warisan. Selain janji PRU yang nampaknya tidak akan mampu ditunaikan.

Perlu diikat dan diingat rentetan pemecatan setiausaha politiknya Raymond Ahuar yang juga orang kuat PKR di Sabah, ia sedikit sebanyak telah menjejaskan sokongan masyarakat muda Sabah terhadap kepimpinan Christina Liew selaku pengerusi PH Sabah.

Itu kita belum bercakap soal kemajuan yang telah dicapai di Dun dan Parlimen yang diwakilinya.

So sekali lagi pada Christine Liew berjiwa besar lah anda. Agar Tsunami kali kedua tidak menimpa PH di PRU yang akan datang. Ramai lagi yang lebih berkelayakan dan wajar diberikan kedudukan untuk menjawat jawatan Menteri seperti itu.