Lokman, Ezam Dan Khoo Diheret Ke Mahkamah

Tiga tokoh politik akan diheret ke muka Pengadilan…

Hari ini saya memberi arahan kpd peguam2 saya agar 3 tokoh politik yg telah memfitnah, menghina dan berniat jahat utk merosak dan memusnahkan nana baik, reputasi dan intergriti saya disaman secara serentak demi menegakkan keadilan dari penginiayaan terhadap saya yg dilakukan olih ketiga political predators ini!

Mereka adalah,
1. Lokman Adam
2. Ezam Mohd Nor
3. Khoo Poay Tiong

Mereka sengaja melakukan fitnah ini semasa kebanyakan parti2 politik di negara ini sedang mengadakan mesyuarat agong masing2 di seluruh negara!

Mereka mengharapkan semasa “musim” mesyuarat agong parti2 politik ini mereka secara maksima dapat memburuk dan memusnahkan nama baik, reputasi dan intergriti saya.

Mereka tahu kedudukan sebenar isu2 yg mereka gunakan utk memfitnah saya tetapi oleh kerana keghairahan utk memalu dan menginaya saya, mereka dgn sengaja mengenepikan kebenaran demi mencapai niat dan hasrat jahat dan kotor mereka!

Mungkin mereka ingin mengunakan saya sebagai percaturan politik utk memburuk2kan pemimpin2 negara tertentu dgn menjadi fitnah ini sebagai peluru berpandu mereka!

Apapun nawaitu mereka ini, fitnah adalah satu amalan buruk dan keji dikaca mata masyarakat dan Islam!

Inilah yg amat berluas2a sedang berlaku di negara kita sekarang dan cyber media sedang digunakan sepenuhnya utk menyebar dan menabur fitnah dan berita2 palsu di sepanjang masa.

Kerana perbuatan mereka yg tidak bertanggungkawab saperti ini, ianya telah menjejaskan usaha kepimpinan negara utk membangunkan ekonomi negara secara berkesan, bersepadu dan effektif kerana krjn asyek ditimpa fitnah dan tidak2 habis terpaksa melayan konspirasi fitnah dan berita palsu ini yg datang bertubi dan secara terancang!

Pihak kehakiman seharusnya melihat perkembangan politik yg tidak sihat ini sebagai satu perancangan besar atau “a grand design” utk mengkucar kacirkan ekonomi negara yg akan menjejaskan secara negatif kepentingan rakyat dan masadepan Malaysia yg tercinta ini !