Rahman Dahlan pemimpin UMNO yang gagal tapi cuba berlagak seolah-olah hanya dia seorang yang telah memajukan Sabah. Seolah-olah tiada satu pun kementerian yang diterajui oleh pemimpin Sabah pada zaman BN yang berjaya membina sebiji bangunan untuk rakyat Sabah.
Kesimpulan di atas admin buat selepas merujuk kenyataannya sempena PRK Kimanis di akaun Facebooknya. Konon-kononnya kepimpinan PH Warisan gagal mengurus Sabah.
Walhal kalau kita membuat penilaian yang kritikal sebenarnya Rahman Dahlan lah satu-satunya pemimpin Sabah yang paling gagal.
Adakah patut seorang pemimpin yang senior lagi berjawatan Menteri boleh kalah tersungkur kepada calon yang bukan siapa-siapa lagi baru berumur setahun jagung dalam arena politik.
Rahman Dahlan adalah calon BN pada PRU yang lepas untuk Parlimen Sepanggar kalah kepada calon Warisan dari Semporna, Aziz Jaman.
Begitu juga dari konteks tanggungjawapnya sebagai Menteri pada masa itu. Kita pertanyakan sejak beliau berjawatan Menteri Persekutuan, kemajuan apa yang dia telah berikan atau bawa kepada rakyat dan negeri Sabah. Cuba tunjukkan di mana tempatnya di daerah Papar? Tidak ada kan yang dia hanya tahu ialah membodek Najib Razak.
Jadi kegagalan Rahman Dahlan ni ada tiga, satu gagal sebagai pemimpin kedua sebagai Menteri, ketiga gagal kerana keperibadiannya hingga ditolak oleh rakyat Sabah atau pengundi pada pilihan raya lepas.
Sekarang dia mahu cakap apa lagi bagi menutup kelemahannya.
Malah kalau admin tidak silap dia tu bakal dikaitkan dengan SPRM atas satu urusniaga yang melanggar peraturan perolehan semasa memegang portfolio Kementerian. Lebih kurang begitulah.
Agaknya tidaklah keterlaluan kalau admin katakan Rahman Dahlan adalah satu satunya pemimpin UMNO Sabah pada masa itu yang bertanggungjawab memecat Shafie Apdal daripada UMNO. Pokoknya dia nilah yang menyebabkan pemburukan UMNO di Sabah. Selain seorang lagi pemimpin Wanita UMNO Sabah.
Tapi hari ini cuba berlagak sebagai pejuang UMNO Sabah. Kononnya membuka ruang pada pemimpin Sabah terutamanya golongan muda untuk menjadi pemimpin. Pergilah!
Politik gali lubang tutup lubang akhirnya terkubur sendiri.
Satu kenyataan yang tidak matang dan tidak logik bila Rahman Dahlan mengaitkan kemajuan negeri Sabah dengan parti yang baru memerintah tidak sampai sepenggal sedangkan UMNO sendiri yang berdekad menjadi kerajaan pun gagal memajukan Sabah. Nasib baiklah Sabah pada masa itu dipimpin oleh pemimpin-pemimpin BN yang hari ini bersama parti PPBM mereka inilah yang bertanggungjawab memajukan Sabah. Kalau harapkan karisma seorang pemimpin seperti Rahman Dahlan, memang tiadalah. Bodek saja yang kuat.
So pada Rahman Dahlan cermin dulu diri tu sebelum mengata orang lain. Ingat kamu adalah antara pemimpin UMNO yang mengesahkan laporan tipu 1mdb. Satu kesalahan atau pengkhianatan yang paling besar terhadap rakyat Malaysia. Satu kesalahan yang sangat besar berbanding sekadar membuat bangunan batu.