Autonomi Sabah Versi UMNO Sangat Lucu! 😂

Entah apa jenis autonomi hingga membanggakan pemimpin dan ahli UMNO Sabah.

Entah apa yang mereka nampak dan fahami, kenapa agenda autonomi ini akan menguntungkan rakyat Sabah. Walhal autonomi ini hanya berkisar soal dalaman parti UMNO iaitu antara UMNO Semenanjung dan UMNO Sabah sepertimana kenyataan ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar berhubung autonomi ini.

Banyak persoalan yang menjadi tanda tanya kenapa ia menguntungkan masyarakat Sabah. Apa lagi parti yang menggariskan autonomi ini adalah UMNO Semenanjung yang tewas teruk pada pilihanraya yang lepas akibat gagal memikul janji, tanggungjawab dan amanah mereka.

Parti UMNO adalah pentadbir yang bertanggungjawab
menggubal atau menambah undang-undang hingga merugikan masyarakat Sabah. Walaupun pada ketika itu mereka menyedari Sabah dan Sarawak adalah tulang belakang mereka baik dari konteks politik mahupun dari konteks ekonomi.

Autonomi versi UMNO terdiri daripada beberapa fasal yang bertujuan untuk menjaga kepentingan UMNO di Sabah, seperti dibawah.

Mana-mana ahli majlis kerja tertinggi UMNO yang hendak dilantik dari UMNO Sabah maka namanya hendaklah dicadangkan oleh kepimpinan UMNO daripada Sabah.

Tertakluk kepada perlembagaan UMNO, UMNO Sabah boleh memilih calon calon bagi pilihanraya Dewan Rakyat bagi kerusi Parlimen Sabah dan Dewan Undangan Negeri Sabah.

UMNO Sabah berhak menentukan taraf pendaftaran seseorang sebagai ahli UMNO.

UMNO Sabah diberikan kuasa dalam hal pentadbiran di negeri Sabah.

Boleh menjalankan sebarang usaha bersama kumpulan lain di negeri Sabah.

Dan autonomi ini akan menjadi dasar UMNO di Sabah. Hah Tepuk! 😂

Kalau kita tatapi ternyata autonomi tidak seperti yang kita fahami selaku rakyat Sabah tetapi merupakan dasar baharu untuk membolehkan UMNO menjajah politik Sabah melalui pemimpin-pemimpin UMNO Sabah yang kita tahu lemah dan amat walah terhadap pemimpin atasan UMNO. Lihat sahaja bagaimana mereka menyikapi skandal yang melibatkan mantan Presiden UMNO Najib Razak dan Presiden UMNO hari ini Zahid Hamidi. Pernah kamu dengar mereka mengkritik pelaku skandal walaupun terhadap Jho Low, tiada kan?. Jesteru adakah kamu percaya pada pemimpin seperti ini akan mampu menuntut sesuatu yang lebih besar dan bertentangan perlembagaan sepertinya perjanjian 20 perkara dan sebagainya.

Dengan si maling si Jho Low pun menikus.

Autonomi versi UMNO Sabah ini tidak ada kaitannya dengan orang Sabah, ia hanyalah taktik untuk menyelamatkan UMNO dari pupus di bumi Sabah.

Itu bukan autonomi tapi watikah politik semata-mata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.