UMNO tidak kalah tapi dikhianati. Apa maksudnya Ni?

Admin merujuk kepada ucapan Puteri UMNO semasa berucap di perhimpunan Agung UMNO 2019.

Siapa sebenarnya yang berbuat khianat hingga ditolak oleh rakyat pada PRU yang lepas?

Calon dari parti mana yang ditolak walaupun telah menjadi wakil rakyat sejak begitu lama. Apa sebabnya mereka dikhianati oleh rakyat?

Pun begitu admin tidak nafikan pengkhianat memang ada semasa proses membentuk kerajaan negeri Sabah dimana beberapa wakil rakyat daripada BN telah menyertai parti Warisan. Tetapi pada wakil rakyat BN yang menyertai PPBM selepas kerajaan negeri dibentuk itu bukan pengkhianatan tetapi pilihan demi masa depan pengikut mereka.

Perhimpunan UMNO ini hanyalah lontaran kata-kata kosong untuk menyembunyikan kegagalan mereka tidak lebih daripada itu. Kekalahan UMNO pada PRU yang lepas belum mampu menginsafkan mereka malah memangkinkan sindrom penafian dalam diri pemimpin dan jentera UMNO.

Faktor-faktor yang menyebabkan UMNO ditolak oleh rakyat mereka anggap fitnah yang maha besar dan berharap agar rakyat bangkit menyokong UMNO. Mereka ingat rakyat ini begitu bodoh tidak nampak, sedangkan kamu yang merompak wang mereka tapi mereka tidak kisah dan akan bangkit menyokong UMNO?

Ingat jangan sesekali lupa dan jangan sesekali berani mengungkapkan perkataan khianat kerna pemimpin dan jentera lah yang menyebabkan UMNO tumbang. Baik kerana kamu terlibat dalam salah laku itu sendiri atau kerana kamu menyokong perbuatan salahguna kuasa tadi.

Dakwaan UMNO kalah kerana dikhianati memang benar tapi yang mengkhianati adalah rakyat keatas politik UMNO yang maling.

Rakyat hakim negara menolak pemimpin dan penyokong maling.