Beri Peluang Bersatu Bertanding Di PRK Kimanis

PPBM negeri Sabah menyimpan harapan agar pucuk pimpinan Pakatan Harapan PH dapat menimbang untuk meletakkan calon mereka di PRK Parlimen Kimanis yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Hal itu disuarakan oleh Setiausaha Bersatu Sabah Datuk Dr Ronald Kiandee. Berkata bahawa kepimpinan PH perlu menimbangkan dan memberi peluang kepada Bersatu untuk bertanding di kerusi itu.

Beberapa faktor yang boleh dijadikan asas pertimbangan. Pertama kerana kawasan itu merupakan bahagian Bersatu yang aktif.
Ini boleh dibuktikan melalui pelbagai program politik yang telah dijalankan di kawasan itu bersama masyarakat setempat dan pemimpin-pemimpin utama Bersatu Sabah.

Kedua, Bersatu Sabah merupakan komponen PH kedua terbesar di Sabah selepas parti Warisan, berdasarkan jumlah kerusi. Bermaksud Bersatu juga boleh diketengahkan dan selayaknya diperkukuhkan, memandangkan kerajaan Warisan terbentuk dari perundangan dan bukannya kemenangan melalui proses pilihan raya.

Ketiga, bagi membuktikan kekuatan PH di negeri Sabah.

Justeru itu sebaiknya pucuk pimpinan PH memberikan peluang kepada Bersatu untuk bertanding di PRK Kimanis yang akan diadakan tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun Datuk Ronald Kiandee menegaskan bahawa siapa juga calon yang diputuskan oleh pucuk pimpinan Pakatan Harapan untuk bertanding di PRK berkenaan, Bersatu Sabah akan akur dan menyokongnya.

Dalam pada itu Ketua Bersatu Bahagian Kimanis Datu Haji Mohammad Ariffin Muhamad Arif berkata bahagian itu telah bersedia dan akan memikul amanah sehabis baik jika diberikan peluang.

Menurutnya lagi Bersatu Kimanis akan menyokong dan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada mana-mana calon dari PH yang dipilih bertanding dalam di PRK Kimanis kelak.

Hal seperti ini perkara biasa dalam politik seperti juga UMNO dan komponen mereka MCA dan MIC di mana setiap kali berlaku pilihanraya umum atau pilihan raya kecil akan berlaku tolak ansur diantara mereka tapi itu tidak menyebabkan hubungan mereka menjadi renggang.

Jadi pada pihak berkenaan jangan terus mengencang, cadangan dari kawan sekutu adalah perkara biasa. Apa lagi demografi Parlimen Kimanis melayakkan Bersatu berbuat demikian, ditambah kalau parti Warisan turut menyokong calon tersebut nanti, pasti akan mendapat kemenangan yang bergaya.