LGBT Berdoa Islam Tapi Kerajaan Yang Disalahkan

Propaganda ketahian apa yang cuba diserapkan oleh laskar pembangkang.

Video ini menunjukkan seorang LGBT sedang membacakan doa dalam agama Islam untuk diri mereka. Kita tidak tahu adakah doa mereka ini akan diterima oleh sang pencipta atau apa dia.

Apapun admin amenkan, semoga doa mereka didengar dan dimakbulkan oleh sang pencipta dan menukar mereka menjadi insan manusia yang akan memperjuangkan atau memartabatkan nilai nilai Islam.

Okey bahagian admin habis di sini.

Yang menjadi isu sekarang apabila laskar pembangkang mempropagandakan atau menyebarkan video ini dan mereka kaitkan dengan kerajaan hari ini. Tujuannya supaya kerajaan PH dipandang jelek oleh masyarakat.

Sekarang kita tanya pembangkan kenapa kejadian itu dikaitkan dengan kerajaan sekaligus dipersalahkan daripada sudut mana kerajaan terlibat dan bersalah? Sedangkan perbuatan itu adalah atas kehendak individu atau seseorang, mereka yang melakukan hal-hal yang aneh maka dosanya tanggung sendiri lah. Sepatutnya pembangkang berfikiran seperti ini bukan semua hal dikaitkan dengan kerajaan.

Kalau hal yang sangat terpencil seperti ini dikaitkan dengan kerajaan maka percayalah di zaman kerajaan terdahulu ada banyak peristiwa aneh yang berlaku dan dilakukan oleh pelajar rendah dan menengah tapi adakah ia salah kerajaan? Iya salah kerajaan kerana terus berleluasa. Hanya hari ini bila kerajaan bertukar tangan barulah banyak tangkapan keatas kes kes yang melibatkan moral dan sebagainya.

Pada admin kan apalah sangat kehinaan berdoa yang dilakukan oleh LGBT ini (kalau benar hina) berbanding apa yang telah dilakukan ke atas wang dan harta rakyat oleh mantan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang hari ini sedang didakwa di mahkamah kerana penyelewengan.

Tapi itu tidak bererti admin menyokong perbuatan dan kegiatan LGBT, apa yang admin maksudkan ialah kenapa kah pembangkang mengaitkan aktiviti LGBT ini dengan kerajaan atau parti parti kerajaan sedangkan tidak ada kaitannya berbanding wang rakyat yang telah diseleweng oleh pemimpin UMNO tapi kenapa tidak dikaitkan dengan parti UMNO?

%d bloggers like this: