Surat Palsu Pembangkang Arah Ahli PKR Tidak Undi Calon Bersatu

KENYATAAN MEDIA

Surat Palsu Taktik Kotor Musuh Politik

Saya difahamkan satu surat palsu telah dibuat dan disebar luas kononnya Setiausaha Agung KEADILAN mengarah anggota KEADILAN tidak keluar mengundi sempena PRK Tanjung Piai esok, 16 November 2019.

Surat ini jelas direkayasa musuh politik Pakatan Harapan yang mahu mencetus salah faham di kalangan anggota KEADILAN dan rakan-rakan Pakatan Harapan. Ia adalah tindakan kotor lagi terdesak puak-puak yang enggan berpolitik secara sihat.

KEADILAN mengulangi sokongan parti buat calon Pakatan Harapan, Hj Karmaine Sardini (Calon No 4) dan menggesa semua anggota KEADILAN untuk mengundi dan membantu memenangkan calon Pakatan Harapan.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

15 November 2019


Nampak benarlah pembangkang UMNO semakin terdesak.

Terdesak untuk menjadikan PRK Tanjung Piai ini sebagai kayu ukur kepada talian hayat mereka. Kalahnya calon BN akan menunjukkan kerjasama Pas UMNO tidak dipandang oleh rakyat. Bererti sikit hari lagi UMNO tinggal sejarah.

Makanya mereka berhempas pulas agar calon BN mendapat kemenangan berbanding dengan Pakatan Harapan atau kerajaan, mereka steady saja sebab kekalahan calon PH di PRK Tanjung Piai tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada politik PH jauh sekali kepada pentadbiran kerajaan tapi dalam masa yang sama sudah tentu merugikan pengundi Tanjung Piai.

So biarlah kali ni pengundi Tanjung Piai jauh lebih cerdik dari PRU yang lepas. Tidak malah dilihat mendokong sistem maling yang menjadi amalan kerajaan UMNO sebelum ini.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: