Arul Kanda Tolak Permohonan Najib Tangguh Bicara 1MDB

Walaupun Arul Kanda adalah antara tertuduh utama dalam skandal 1MDB kerana didakwa telah mengubah kandungan laporan akhir pengauditan 1MDB atas arahan Perdana Menteri Najib Razak pada waktu itu. Tetapi beliau membantah permohonan bekas bosnya Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadualkan bermula pada Isnin depan.

Menambah, bekas peguam CEO 1MDB (Arul Kanda), Sivanathan menggesa Mahkamah agar menolak permohonan Najib yang cuba menangguhkan perbicaraannya hingga Januari tahun depan.

Arul Kanda dan peguamnya berpendirian sedemikian di Mahkamah hari ini, semasa mendengar penetapan tarikh perbicaraan Najib Razak dalam skandal 1MDB.

Jadi macam manalah itu kalau Arul Kanda sendiri yang bertanggungjawab mengubah laporan audit 1MDB tetapi hari ini tidak lagi mahu bersekongkol dengan Najib Razak.

%d bloggers like this: