10 Manifesto PH Yang Telah Ditunaikan

Dengarkan penjelasan dari kerajaan PH berkaitan dakwaan pembangkang yang mempropagandakan kononnya kerajaan PH belum lagi menunaikan janji atau manifesto PRU yang lepas. Maka itu mereka sering mentertawakan kononnya manifesto bukannya kitab suci.

Betul kah? Kah itu hanyalah kenyataan kosong dari pembangkang yang disengajakan agar politik pembangkang sentiasa berjalan.

Hakikatnya apa yang berlaku adalah sebaliknya kerajaan PH telah menunaikan 10 janji PRU yang menjadi teras manifesto Pakatan Harapan

10 manifesto yang telah dijanjikan.

1. Menghapuskan GST. Kerajaan PH hapuskan GST dan membayar balik GST kepada peniaga. Jumlah yang telah dan akan dijelaskan secara berperingkat adalah sebanyak RM19.4 Billion.

2. Manifesto subsidi petrol bersasar. Kerajaan hari ini bersedia dengan pelaksanaan subsidi petrol bersasar bermula Januari 2020 di mana kerajaan telah memberikan dua opsyen sama ada subsidi bersasar akan dibayar terus ke akaun individu yang berkelayakan atau harga petrol sentiasa kekal walaupun harga pasaran dunia meningkat opsyen ini diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Untuk itu seramai 2.8 juga pemandu akan menerima manfaat dari program ini.

3. KWSP untuk suri rumah. Kerajaan PH telah memperkenalkan program i-suri dan telah berjaya mendaftarkan 120,000 suri rumah di bawah B40.

4. Janji minima. Sebelum ini janji minimal yang ditawarkan oleh kerajaan BN hanyalah dibawah RM1k tetapi dibawah kerajaan PH gaji minima telah dinaikan sehingga RM1100.

5. Menyiasat skandal penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Hari ini kerajaan telah mengheret bekas perdana menteri dan beberapa lagi pemimpin UMNO ke mahkamah untuk dibicarakan.

6. Kaji semula harga projek mega yang ditawarkan sebelum ini dengan harga yang tidak masuk akal. Hasilnya kerajaan telah berjaya menjimatkan sehingga RM41 bilion wang rakyat Malaysia.

7. Skim peduli sihat. Kerajaan telah melancarkan skim peka B40 dan mysalam

8. Hapuskan hutang peneroka Felda. Kerajaan telah menjalankan kajian melalui kertas putih Felda dan beberapa tindakan telah diambil.

9. Kembalikan status Sabah dan Sarawak. Jawatankuasa khas kabinet telah ditubuhkan dan dibentangkan dalam parlimen.

(Sejujurnya admin tidak suka pada pendekatan ini. Lebih suka pada apa yang ada sekarang, iaitu pentadbiran kerajaan negeri Sabah sedikit dikawal oleh pusat bagi mengelakkan salah laku teruk oleh pemimpin dan kroni kerajaan negeri hingga menafikan hak masyarakat Sabah yang lain)

10. Janji menghapuskan PTPTN. Tapi kena ingat sebenarnya janji PTPTN ni dibuat oleh pakatan rakyat bukannya pakatan harapan walaubagaimanapun dengarkan penjelasan di dalam video ini.

Manakala manifesto di peringkat negeri masing-masing yang itu kerajaan Federal tidak berapa jelas so dipersilakan membuat pemerhatian sendiri. Khususnya di Sabah kerana politik Warisan bukannya komponen Pakatan Harapan.

%d bloggers like this: