Jho Low Mencari Suaka Politik Di India.

Jho Low terus menjadi buruan Polis Antarabangsa (Interpol) dan sedang sibuk mencari suaka politik di beberapa negara termasuklah negara India yang menjadi pilihan utama.

Sebelum ini pihak polis Ahmedabad India semasa bercakap dengan media antarabangsa Air Times mendakwa bahawa mereka menjejaki Jho Low ketika bercuti tiga hari di negara itu.

Iaitu pada November 5 Jho Low tiba di Ahmad Abbas Sardar Vallabhbhai Patel International Airport dengan menaiki Jet peribadi.

Ada sebab kenapa Jho Low memilih negara India. Antara lain mungkin kerana faktor hubungan diplomatik Malaysia dan India yang agak dingin sejak kebelakangan ini. Rentetan kritikan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad ke atas perebutan wilayah Kashmir di antara Pakistan dan India.

Hubungan dingin diantara dua negara boleh dimanfaatkan oleh orang maling seperti Jho Low.

Kerna itulah negara India menjadi tempat perlindungan yang paling tepat bagi Jho Low. Kita boleh gambarkan begini, andai kerajaan Malaysia menuntut agar Jho Low diekstradisi ke Malaysia maka sudah tentu pasti India akan membuat perkara yang sama menuntut Dr Zakir Naik sebagai tukaran.

Jho Low menjadi buruan Interpol sejak Jun 2018 selepas kerajaan Malaysia dan Singapura mengemukakan permohonan, kini Jho Low dalam ketegori red notice atau individu yang amat dicari.

Sebelum ini didakwa Jho Low bersembunyi di Cyprus tetapi dinafikan oleh Ketua Polis Negara Malaysia yang mengatakan Jho Low tidak ada di sana dan sedang bersembunyi di satu tempat yang belum dapat dikenalpasti.

Jho Low adalah individu yang terlibat dalam skandal 1MDB bersama bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang sekarang dalam perbicaraan. Sebab itulah nama Jho Low banyak disebut oleh saksi penting seperti bekas Pegawai Khas Najib Razak, Amhari.

%d bloggers like this: