Ceramah PH Di Pekan Nanas – PRK Tanjung Piai

Alamak begini pula suasana di ceramah PH di PRK Tanjung Piai.

Sudah tentu pasti perkembangan ini akan mampu merosakkan “akhlak” laskar UMNO. Sudahlah memang sedia rosak sampai kerja Tuhan pun mereka cuba ambil. 😊

Semalam berlangsung satu ceramah politik daripada pasukan PH sempena PRK Tanjung Piai yang bertempat di Taman Utama, Pekan Nanas.

Sambutannya cukup ramai dan sebagai titik tolak ini adalah momentum yang cukup cantik untuk diolah menjadi hero.

Walaupun laskar UMNO berpendapat peluang PH untuk menang di PRK ini cukup nipis, yakinnya mereka. Walhal menyedari yang mereka masih bergelut dengan kepercayaan rakyat kerana selama ini kerajaan UMNO mengurus rakyat dengan sistem yang maling.

Sebab itulah mereka tidak percaya jika ada gambar yang menunjukkan orang ramai hadir di ceramah PH. Mereka akan mendakwa itu adalah gambar yang di edit.

Pokoknya mereka mengukur kekuatan parti politik itu berdasarkan bilangan yang hadir di setiap kali ceramah politik diadakan. Begitu naif paradigma mereka di dalam menilai satu satu kekuatan. Samalah seperti mana mereka mengira jumlah like, ini juga mereka anggap sebagai mewakili tahap pemikiran rakyat. Pokoknya memang jelek dan menjengkelkan, seolah-olah menghina keintelektualan rakyat Malaysia.

Jangan biarkan jentera dan sistem UMNO yang maling sekali lagi menentukan masa depan anda.

Undilah calon (PH) nombor 4 Haji Karmaine Sardini.

%d bloggers like this: