Kenapa UMNO Sabah Kaitkan Balak Jalan Supulut Dengan Musa Aman?

Kenapa UMNO Sabah masih terkial-kial. Belum mampu move on kah?

Seolah-olah tidak sedar tentang apa yang mereka sedang kerjakan, walhal sudah lebih setahun menjadi pembangkang. Mereka juga tidak tahu siapa yang menjadi rakan sekutu mereka.

Alsebab itulah setiap kali mereka mengangkat isu yang ada kaitannya dengan Parti Warisan maka nama mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan turut diheret sebagai perbandingan. Tapi bila tuduhan mereka disangkal tidak boleh pula mereka jawab atau dibiarkan tergantung hingga menimbulkan syak wasangka dikalangan rakyat. Akhirnya yang mendapat kesan buruk dari perbuatan mereka ialah orang lain, seolah-olah benarlah mantan Ketua Menteri Sabah telah melakukan kejahatan atau kesalahan.

Jadi lain kali berpada-pada lah sikit jangan sampai merosakkan reputasi orang lain yang tidak sepasukan dengan kalian. 😊

Seperti contoh, isu terbaru dimana penyokong UMNO Sabah telah mengaitkan penemuan lori balak yang sarat dengan muatan di Jalan Supulut dengan Ketua Menteri Sabah, Shafie dan mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Walau bagaimanapun dakwaan pembangkang itu telah dinafikan oleh kerajaan negeri. Bahawa pemilik sebenar kayu balak itu ialah syarikat konsesi balak yang terdiri dari tiga syarikat dan menjadi pemegang kepada Lesen Jangka Panjang (SFMLA) yang ditadbir oleh Unit Pengurusan Hutan (FMU). Syarikat berkenaan dilantik semasa era kerajaan BN sebelum ini.

Tapi itu tidak bermakna mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman telah melakukan salah laku. Sebaliknya penganugerahan konsesi balak kepada syarikat berkenaan adalah berdasarkan sistem atau peraturan yang sedia ada. Sebab itulah kerajaan hari ini Warisan tidak mengubah atau menambah perjanjian kontrak yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak, syarikat dan kerajaan negeri Sabah.

Dan selepas ini apa pun yang berlaku dan apa pun kesalahan yang dilakukan oleh syarikat syarikat itu maka sudah tentulah ia menjadi tanggungjawab mereka. Habis yang segelintir penyokong Warisan muncung mulut menyalahkan kerajaan terdahulu apa kah halnya.

Kesimpulannya tidak ada pihak yang telah melakukan kesalahan, baik dari pihak kerajaan sebelum ini atau dari pihak kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti Warisan pada hari ini.

Hanya penyokong UMNO dan penyokong Parti Warisan yang bertelagah dan syok sendiri sedangkan mereka tidak tahu kedudukan yang sebenarnya sehinggalah isu itu sejuk sendiri.

Untuk makluman Tan Sri Musa Aman akan berjuang bersama PPBM Sabah. So selepas ini jika ada pihak yang mengaitkan nama Musa Aman dengan mana-mana parti parti pembangkang atau berselindung di sebalik nama Musa Aman. Nah itu adalah dakwaan palsu, terus kamu tolak mentah mentah itulah yang dipanggil lempar batu sembunyi tangan dan batu api 😊

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s