Kenyataan sebelum ini Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tunku Razaleigh Hamzah mendesak agar UMNO mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin dan ahli parti yang tidak lagi sesuai dengan perjuangan parti, kerana mereka hanya akan merencatkan usaha pemulihan parti UMNO.
Tambahnya orang yang hendak lari tidak boleh lagi berkhidmat kepada parti, pencenkanlah dia. Kita tidak mahu mereka jadi duri dalam daging.
Rasa-rasanya admin tahu siapa yang dimaksudkan antara lain oleh Ku Li secara khusus, antaranya ialah Nazri Aziz, KJ, Hishammuddin dan Timbalan Presiden UMNO Tok Mat.
Setakat cakap berkobar-kobar tapi tidak disusuli tindakan, apa barang. Buang masa saja, ambil lah tindakan yang drastik. Itu pun kalau berani.
Baik kita lupakan antara barua yang dimaksudkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li itu.
Barua dalam UMNO ini ada banyak jenis, satu yang datang dari golongan atasan dan yang kedua ialah dari golongan bawahan. Nah barua kelas bawahan inilah yang bertanggungjawab menggerakkan UMNO tapi dipandang jijik oleh ahli parti yang berjawatan.
Barua bawahan ini terdiri dari orang-orang kampung yang minat berpolitik di kedai-kedai kopi, warung-warung dan di kejiranan mereka. Sungguhpun begitu, nasib mereka tidak terbela sehinggalah hari ini UMNO menjadi pembangkang. Sudahlah tidak terbela malah dihina secara halus sedang barua ini pula tidak menyedarinya. Kena puji sikit terus melambung, lupa hinaan keatas diri mereka. Kesian!
Pun begitu, walaupun jelas secara kasar barua ini telah menyumbang kepada kelangsungan UMNO sejak sekian lama. Tapi mereka juga sebenarnya menjadi liabiliti kepada golongan elite. Sebab itulah antara faktor kenapa golongan elite menolak UMNO pada PRU yang lepas, kerana faktor barua bawahan inilah, dianggap tidak menyumbang kepada parti, setakat menjadi pengundi dan ikut ikutan. Cakap kosong dan tidak berpendidikan tinggi.
Berdasarkan kenyataan umum Ku Li diatas, jelas barua ini juga tidak terkecuali, turut digesa agar dibuang dari UMNO.
UMNO tidak akan berubah, tegar mengorbankan mereka yang ikhlas menjadi barua. Walhal mereka itulah yang buta hati dan mudah di bodek hingga gagal menilai kemampuan seseorang.
Pada barua bawahan, look after yourself lah. U got nothing sejak anda menjadi barua, selain hinaan dari orang orang yang pandai mengambil kesempatan, sedangkan merekalah sebenarnya orang orang yang bodoh, tidak mengenal halal haram. Kamu saja tu yang lalai hingga menjadi barua kepada si bodoh.
Untuk bersikap jujur kepada anda, kebobrokan atau birokrasi tolol seperti ini juga ada didalam politik Warisan. Jadi betulkan sebelum benar benar terlambat! š