RMK12 Tangani Jurang Pembangunan Sabah Semenanjung – PPBM Sabah

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah menggesa Kerajaan untuk merangka strategi dan program khusus untuk menangani ketidakseimbangan dan jurang pembangunan di antara Sabah dan Semenanjung Malaysia dalam Rancangan Malaysia Kedua belas (RMK-12).

RMK-12 yang merupakan rancangan pembangunan lima tahun bermula 2021 hingga 2025 adalah amat penting untuk menentukan hala tuju dan tahap pembangunan Sabah pasca tahun 2020 dan menjelang tahun 2030.

Mengambil kira kerajaan hari ini memberikan fokus kepada agenda Kemakmuran Bersama, maka kewujudan jurang pembangunan dan ekonomi yang besar antara wilayah harus ditangani pada kadar segera. Matlamat Kemakmuran Bersama tidak akan berjaya dicapai sekiranya isu-isu pokok seperti jurang pembangunan ekonomi, kadar kemisikinan dan pengangguran masih membelenggu negeri besar seperti Sabah.

Difahamkan kerajaan sedang dalam merangka pengisian RMK-12 dan dijangka akan diumumkan tahun hadapan.

Sehubungan itu, BERSATU Sabah akan menggerakkan inisiatif untuk mendengar dan mendapatkan aspirasi penduduk di Sabah berhubung perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam kandungan RMK-12.

Sebagai platform rakyat, Jentera Penerangan BERSATU Sabah di seluruh bahagian akan menyelaraskan gerakan untuk mendekati rakyat dan memahami hasrat dan harapan mereka.

RMK-12 perlu dirangka melalui pendekatan ‘bottom-up’ untuk memastikan rancangan ini membawa nilai dan makna kepada rakyat di semua peringkat khususnya golongan isi rumah berpendapatan rendah B40.

Berdasarkan maklum balas akar umbi, BERSATU Sabah akan menyediakan Memorandum RMK-12 yang mengandungi aspirasi rakyat dan syor serta cadangan untuk pertimbangan kerajaan.

Gesaan diatas dibuat bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Penerangan BERSATU Sabah Zon 3 & 4 pada 04hb Ogos 2019 bertempat di Bongawan, Sabah yang disampaikan oleh Saudara Khairul Firdaus Akhbar selaku Ketua Penerangan Bersatu Sabah.


Tahniah, cadangan yang realistik serta holistik dari PPBM Sabah, sesungguhnya demi kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.