Berita Tun M Akan Berkerjasama Dengan UMNO Adalah Mitos

Lokman Adam menerusi rakaman video menolak untuk berkerjasama dengan Asyraf Wajdi aka kumpulannya kerana cuba mencari jalan untuk berkerjasama dengan parti Bersatu. Ini kerana kalau menurut si Lokman, PH sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan. Kononnya!

Tapi dalam satu sidang media yang berasingan Asyraf telah membuat kenyataan bahawa Pemuda UMNO tidak akan duduk dalam kumpulan yang dimaksudkan oleh Lokman Adam.

Nampak benarlah berita yang kononnya Tun M terdesak untuk berkerjasama dengan UMNO adalah propaganda semata-mata. Cerita ini telah dicanang oleh jentera tolol UMNO dan malangnya diiyakan oleh golongan yang jauh lebih cerdik dari mereka. Shame on you lah 🤭

Keyakinan jentera UMNO yang mempercayai propaganda berkenaan bertambah bila mana seorang Exco Pemuda Bersatu menulis di Facebook, hasil perbincangan mereka dengan Tun M di luar negara. Dimana perbincangan itu merujuk kepada nasib bangsa pribumi Malaysia yang amat menuntut pembelaan dari parti pribumi iaitu Bersatu itu sendiri.

Jadi berita yang cuba diviralkan bahawa kononnya Tun Mahathir terhegeh hegeh untuk bekerjasama dengan Bersatu tapi kononnya ditolak oleh UMNO adalah mitos semata-mata. Atau kah propaganda UMNO ini merupakan langkah awal untuk mendapatkan respon Tun M agar Tun M membuka pintu kerjasama dengan mereka?

Walaubagaimanapun kita percaya bahwa didalam politik tidak yang mustahil (siapa tahu) tinggal lagi dari konteks ini bukan parti kerajaan yang memulakannya. So jangan UMNO malu malu kucing, cuba dan cuba lagi jangan ego sentrik.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: