Maklumat Mangsa Culik Terbaru (Tambisan)

Ini adalah maklumat berhubung insiden penculikan yang berlaku tadi pagi di perairan Tambisan Lahad Datu.

Admin dapatkannya di Group tertentu WhatsApp.

Sejauh mana kebenarannya, admin tidak dapat pastikan tapi admin yakin maklumat ini memang ada kebenarannya sebab ahli group itu terdiri individu individu yang berprofesion.

Tinggal lagi gambar yang disertakan tidak berapa lengkap melainkan individu nelayan yang berjaya diselamatkan dan lokasi kejadian.

Semoga semua mangsa culik berjaya diselamatkan. Kita yakin pada kemampuan sistem keselamatan negara. Apa lagi Sabah, Malaysia ada hubungan yang baik dengan negara jiran Filipina. Maka sudah tentulah, kesan dari hubungan yang baik itu akan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Bah disini kita bercakap soal nyawa dan kemanusiaan bukannya status kerakyatan seseorang. Biarlah selepas ini Jabatan Imigresen yang mengendalikan mereka.

Lihat pada raut wajah remaja belia itu, mereka tidak berdosa tapi diculik oleh leluhur mereka sendiri.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Dato’ Sri / Dato’ / Tuan / Puan.

*LAPORAN hb KEJADIAN PENCULIKAN DI PERAIRAN FELDA SAHABAT PADA 18/06/19 (PM FELDA SAHABAT, ZM LAHAD DATU)*

*A. Masa:*
0240H Jun 2019.

*B. Lokasi Kejadian.*

Anggaran 05 02.38U 119 10.28T (lebih kurang 6.8 BN Pantai Sinakut) – maklumat dari Tekong

*C. No. Pendaftaran bot mangsa.*

(1.) SA/232/5/F (BNT jenis Kalibu)
(2.) SA/5699C (BNT jenis bot lampu)

*D. Nama Juragan & Awak – Awak (akuan mulut)*

(1)
i. Mohd Ali Bin Usman/22thn/Bajau/ Passport IMM13P – Tekong *(Selamat)* (No. Tel : 017-8953172)
ii. Algin/17 thn/Suluk Bajau/ Surat gandingan *(Selamat)*
iii. Abil Bin Ahmad/16/Suluk Bajau/Surat gandingan *(Selamat)*
iv. Ogan/20thn/Bajau/ Surat Lepa – Lepa *(Diculik) (No. Tel: 014-2837973)*
v. Bongosan/30 thn/Bajau/Surat Lepa – Lepa *(Diculik)*
vi. Ekong/17 thn/Bajau/Surat Lepa – lepa *(Diculik)*
vii. Samsul/22 thn/Bajau/Surat lepa – lepa *(Diculik)* (No. Tel : 011-264268915)

(2)
i. Hj. Kando/60thn/Bajau/Surat Lepa-lepa *(Diculik)*
ii. Amil/32thn/Bajau/Surat lepa-lepa *(Diculik)*
iii. Apak/50thn/Bajau/ Surat Lepa-lepa *(Diculik)*
iv. Inai/22thn/Bajau/Surat Lepa-lepa *(Diculik)*
v. Kassim/22/Bajau/Lepa-Lepa *(Diculik) (No. Tel : 013-3276107)*
iv. Memek/28/Bajau/Lepa-Lepa *(Diculik)*.
v. Roy Bin Ahmad/44/Bajau/Lepa-Lepa *(Selamat)*
vi. Abdul Aziz Bin Abdullah/21/Bajau/Gandingan *(Selamat)*
vii. Al Majid Bin Bensali/14/Bajau/Gandingan No JKM 5/9387 *(Selamat)*

_Semua penama dari Semporna_

*E. Pemilik Bot.*

(i) Imbi Bin Alih/690610-12-6171 (pemilik asal dalam lesen)

(Bot telah dijual kepada penama Datuk Harun dari semporna. Namun nama di lesen belum ditukar pemilik – 012-8151633 )

*F. Tindakan.*

i. 0310H Menerima maklumat dari pihak ESSCOM.

ii. 0330H Bot BANGGI 35 tiba di lokasi dan melakukan pencarian di sekitar lokasi yang dilaporkan dan telah jumpa bot yang dilaporkan di kawasan perairan Kg. Pangkalan.

iii. 0430H. Semua mangsa yang selamat dan bot dibawa ke Pos Maritim Felda Sahabat untuk ambil keterangan.

iv. Telah mohon pemilik bot untuk hadir dan melakukan laporan polis.

v. PMFS sedang _followup_ bersama pihak polis untuk tindakan lanjut.

*G. Maklumat kejadian.*

i. 171900H Jun 19. Bot Kalibu (SA/232/5/F) bergerak dari Tambisan pada 17/6/2019 menuju ke Samporna.

ii. 172100H Jun 19. Bot berkenaan mengalami kerosakan pada enjin di perairan antara Ipil ke Sinakut lebih kurang 6.8 batu nautika dari Pantai Sinakut. Tekong Mohd Ali Bin Osman telah menghubungi pemilik bot di Tambisan untuk minta bantuan.

iii. 0100H Jun 19. Bot bantuan dari Tambisan, Bot Lampu (SA/5699/5/C) tiba di lokasi pada 18/6/2019

iv. 0240H. Diposisi kejadian, 1 x bot enjin 40hp (warna gelap/ ukuran :18×4 ft) , 5 orang lelaki dan 1 x pam bot (2 engine/warna oren/ukuran : 18×4 ft), 3 orang lelaki telah merapat bot kalibu (SA/232/5/F) dan 4 orang menaiki bot lampu (SA/5299/5/C).

v. Bahasa yang digunakan oleh penculik bahasa melayu _slang_ Sabah dan ketua penculik menggunakan bahasa suluk. Semua penculik berpakaian celoreng (digital) dan bersenjata serta bertopeng kelawar telah membawa dan menculik 10 orang awakx kedua bot nelayan tersebut ke arah sempadan Malaysia-Filipina.

v. 0240H. Tekong (1) i. telah menghubungi MERS 999 untuk bantuan.

*H. Hal – Hal lain*

i. Bot mangsa tiada radio dan GPS.
ii. Barang lain yang diambil oleh penculik adalah barang-barang peribadi dan dokumen awakx.

*Maklumat lanjut menyusul.*

Sekian untuk makluman YBhg Dato’ Sri / Dato’ / Tuan / Puan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: