Menteri Warisan Memuji Ekonomi Kerajaan Sabah Sebelum Ini

Sebab itulah jangan terlalu menidakkan kelebihan atau kemajuan yang telah dicapai oleh orang lain nanti akhirnya bila kamu mengambil tempat mereka, tidak fasal fasal kamu akan dinilai sebagai orang yang kurang bertanggungjawab keatas apa yang telah diucapkan sebelum ini.

Admin ambil contoh kenyataan terbaru Pembantu Menteri Kewangan Sabah. Dia kata pertumbuhan ekonomi Sabah berada dalam kedudukan terbaik pada tahun sekitar 2017, ini kerana kerajaan pada waktu itu praktikal di dalam memperkembangkan inisiatif yang dilaksanakan. Tahniah pada Menteri berkenaan kerana berani mengakuinya.

Bha tidak apalah biarlah ia menjadi pengajaran kepada mana-mana calon dimasa yang akan datang. Jangan terlalu excited semasa berkempen hingga lupa hakikat sebenar mentadbir sesebuah negeri atau kelak menjadi yang berhormat.

Hari ini kerajaan Warisan telah mengakui kemampuan kerajaan terdahulu yang digerakkan oleh pemimpin atau Yb PPBM Sabah pada hari ini. Maka sewajarnyalah mereka diberikan jawatan dalam pentadbiran kerajaan, agar kemajuan yang positif seperti tahun 2017 dapat diulang dan dapat memperkukuhkan pentadbiran kerajaan, sekaligus mensejahterakan ekonomi masyarakat Sabah.

Jangan persiakan pengalaman mereka sebagai kakitangan kerajaan yang telah mengangkat Sabah hingga mampu bersaing dengan negeri negeri yang lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: