MP Sipitang Sah Menyertai Parti Bersatu

Yb Yamani Hafez Musa Ahli Parlimen Sipitang, rakan politik admin sebelum dan selepas PRU14.

Telah mendapat kemenangan yang bolehlah dikatakan cukup besar memandangkan tendangan tsunami PH pada PRU yang lepas cukup kuat. Bayangkan UMNO yang telah memerintah sejak berdekad yang lalu boleh tumbang tersungkur di kaki PH aka Tun Mahathir.

Tapi perjalanan politik bro ini cukup getir, pelbagai hambatan yang beliau harungi. Terakhir beliau terpaksa berhadapan dengan petisyen pilihanraya yang di failkan oleh calon parti Warisan.

Seperti Anifah Aman, beliau juga terpalit dengan petisyen pilihanraya oleh juga calon Warisan.

Tapi percayalah, kemenangan pasti akan memihak mereka. Kamu buatlah apapun halangan pasti yang benar tetap akan benar. Sikit sikit kesalahan yang sudah menjadi fitrah dalam politik Malaysia itu adalah perkara biasa, hanya segelintir calon Warisan yang bertindak supaya kelihatan suci. Hakikatnya paling tidak calon Warisan bertanggungjawab menyebarkan propaganda tipu semata-mata hingga beberapa calon Warisan mendapat kemenangan.

Itu diatas hanyalah mukadimah ringkas. Yang admin mahu khabarkan ialah Ahli Parlimen Sipitang mewakili Bebas, Yamani Hafez Musa ini akan menyertai Parti Bersatu dijangka kad kemasukan beliau akan disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir pada 06hb April 2019 bertempat di ITTC Penampang.

Jangan kamu bersikap skeptikal ekoran perkembangan ini, sebab mengubah haluan perjuangan selepas kerajaan dibentuk adalah lebih kepada memperjuangkan prinsip yang terbantut dek perubahan kerajaan.

Tiada jawatan yang ditawarkan kepada beliau dan Yb Bebas yang lain yang telah dan akan menyertai Bersatu.

Itulah bukti perjuangan mereka yang benar telus demi kebaikan pengundi di kawasan mereka khasnya, umumnya Sabahan secara keseluruhannya.

Jadi jangan kamu gigit mereka, sebab kami ini pun pandai menggigit 😡

Tahniah Bro Hafez!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: