Hari ini 4 Ahli Parlimen, 2 Adun dan 2 ahli Dewan Negara daripada Sabah sah menjadi Ahli parti Bersatu.
Mereka ialah Ronald Kiandee Ahli Parlimen Beluran, Azizah Mohd Dun (Beaufort) Abd Rahim Bakri (Kudat) dan Zakaria Mohd Edris (Libaran)
Manakala dua Adun ialah Hajiji Noor (Sulaman) dan Masidi Manjun (Karanaan)
Senator yang dimaksudkan ialah Abd Ghani Mohamad Yassin dan John Ambrose, Ahli Dewan Negara.
Kad keahlian parti Bersatu diserahkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi Parti Bersatu, Tun Mahathir.
Dalam pada itu enam lagi Adun daripada Sabah Mohd Ariffin Arif (Membakut) Nizam Abu Bakar Titingan (Apas) Isnin Aliasnih (Klias) Ghulam Haidar Khan Bahadar (Kawang) dan Japlin Akim (Usukan) dimana kad keahlian mereka akan diserahkan atau dirasmikan pada 06hb April 2019 iaitu sempena pelancaran Parti Bersatu di Negeri Sabah yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
Untuk nota Pengerusi Bersatu Sabah akan dipikul oleh Datuk Hajiji (Sulaman)
Dengan perkembangan ini sudah tentu akan memesatkan lagi pembangunan dan memperkuatkan lagi politik pemerintah di negeri Sabah.
Tahniah!