Betul Sangat Kah Alasan Aziz Jamman Berhubung OTK atau PTI itu?

Isu kerajaan Malaysia tidak menghantar balik ‘Orang Tiada Kewarganegaraan’ (OTK) di Sabah ke negara asal tidak timbul kerana usaha itu telah lama diusahakan oleh kerajaan terdahulu. Tapi menemui jalan buntu bila mana negara asal Filipina tidak mengiktiraf OTK sebagai rakyat mereka.

Tahu tak apa! itulah alasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Aziz berhubung PTI yang menjadi penyokong Parti Warisan di Sabah.

Walhal sebelum ini isu lambakan pendatang tanpa izin menjadi modal jentera Warisan bagi memburukkan kerajaan BN. (Itulah akibatnya kalau terlalu naif, senang senang mendapat dosa kering, para lahanat ni)

Eloklah kalau pemimpin Warisan sudah tahu cerita yang sebenarnya. Rupa-rupanya selama ini kerajaan BN telah berusaha menangani OTK.

Dan diharap selepas ini agar tiada lagi penyokong Warisan yang menyalahkan kerajaan terdahulu berhubung OTK atau PTI. Sebaliknya hari ini OTK atau PTI menjadi tanggungjawab kerajaan Warisan untuk mencari jalan penyelesaian.

Persoalannya sejak bila kerajaan Filipina dan Indonesia tidak menerima OTK?

Sebab setahu admin, berdasarkan usaha terakhir kerajaan terdahulu berkaitan OTK yang diusahakan oleh PM Najib Razak ialah pada tahun 2016. Dimana dalam Pertemuan PM Najib Razak dengan Presiden Philipine Rodriguez Duterte mereka telah bersepakat , yang kerajaan Filipina telah bersetuju menerima rakyatnya yang berstatus OTK.

https://www.rappler.com/nation/152022-duterte-gradual-repatriation-filipinos-sabah

Jadi kita mahu bertanya pada Timbalan Menteri berkenaan bila kali terakhir Sabah menghantar OTK atau PTI ke negara asal mereka Filipina dan Indonesia?

Satu hal lagi tidak timbul isu tiada kewarganegaraan atau tiada negara asal sedangkan embassy Filipina ada di Sabah dan menyediakan perkhidmatan permohonan passport Filipino. Kerajaan Warisan kenalah mencari jalan penyelesaian, bukannya kamu sibuk merujuk perkara yang sudah berlalu, apa lagi majoriti OTK ini adalah penyokong tegar Warisan.

Juga perlu diingatkan dan diharap pada segelintir PTI yang ada di Sabah, mulai hari ini hormatilah masyarakat tempatan dan kedaulatan negeri Sabah, kamu tengok saja negara leluhur kamu, enggan menerima kamu sebagai rakyatnya.

Jadi jangan lagi berdegil, berlagak besar kepala. Jangan lagi perasan Sabah ini kamu punya. Warisan sendiri menganggap kamu beban, tolol.

Betulkah maklumat Timbalan Menteri KDN tu?

2 Comments

  1. Reblogged this on JalinLuin.com and commented:

    Rupanya IMM13 Diterimapakai Oleh Kerajaan Filipina. KDN Apa Macam Ni?

    Sebelum ini admin ada menulis satu artikel yang bertajuk “betul sangatkah alasan Azis jamman berhubung OTK atau PTI itu,”

    Artikel itu bagi menafikan kenyataan Timbalan Menteri KDN Malaysia, Aziz Jamman. Dia mendakwa bahawa tiada isu bagi orang tiada kewarganegaraan atau OTK tidak dihantar ke negara asal kerana ia telah lama diusahakan oleh kerajaan terdahulu tapi menemui jalan buntu kerana negara asal seperti Filipina tidak mengiktiraf OTK sebagai rakyat mereka.

    Timbalan Menteri berkenaan juga turut mendakwa bahwa IMM13 tidak diiktiraf oleh kerajaan Philippines.

    Dalam artikel awal itu, kita nafikan kalau kerajaan Filipina menolak OTK yang dihantar ke negara asal Filipina, kerana sebelum ini kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh BN telah pun memeterai persetujuan dengan kerajaan Filipina yang diwakili oleh Presiden Rodriguez Duterte bahawa Filipina bersetuju menerima OTK daripada Malaysia, Sabah khususnya.

    Admin juga sertakan link portal sebagai rujukan atau bukti bahawa kerjasama Malaysia dan Filipina memang wujud dan OTK diterima oleh negara asal.

    Hari ini terpampang di dada akhbar tempatan Sabah, Borneo Post bahawa sebenarnya pemegang IMM13 diterima pakai oleh negara Filipina sekaligus telah mengkantoikan Timbalan Menteri KDN, Azis Jamal. Tidak begitu kah?

    Suka juga admin bertanya pada pihak atau masyarakat yang terbabit tidakkah dakwaan bahawa kononnya IMM13 tidak boleh “diniagakan”, adalah satu penghinaan?

    Dulu atas nama serumpun, senang senang jak IMM13 dibuat selepas itu diproses menjadi keterangan diri tapi last last Warisan yang dipilih. Hemmm

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s