Mahathir Perkasa Azmin Untuk Halang Anwar.

Pergeseran Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim bukan lagi cakap-cakap di kedai kopi tapi telah sampai ke tahap saling mempersiapkan kubo supaya lancar semasa menyerang dan mampu bertahan dari serangan.

Ia berpunca dari soal peralihan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang secara prinsipnya akan diwarisi oleh Anwar Ibrahim. Sebagaimana perjanjian Mahathir dan Pakatan Harapan, sebelum PRU yang ke 14.

Mahathir bersetuju selepas 2 tahun memegang jawatan Perdana Menteri ia akan diturunkan kepada Anwar Ibrahim. (Walaupun pada hakikatnya Mahathir tidak berapa berkenan, kerana dikatakan Anwar tidak akan mampu menjaga Malaysia)

Kerana itu Mahathir memperkuatkan Azmin Ali dengan kuasa ekonomi untuk menjadi pesaing kepada Anwar Ibrahim didalam merebut jawatan Perdana Menteri Malaysia dan kalau pun tidak berjaya, kuasa ekonomi yang dimiliki oleh Azmin Ali itu akan digunakan untuk menahan kuasa Perdana Menteri pada masa itu iaitu Anwar Ibrahim.

Menurut sumber yang boleh dipercayai Azmin Ali selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi akan mengawasi syarikat-syarikat terbesar di Malaysia seperti Petronas, Khazanah dan Perbadanan Nasional Berhad yang nilainya mencecah 1 trillion. Begitu juga dengan agensi Felda, Tabung Haji dan Jabatan yang membantu usahawan Melayu akan ditempatkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi iaitu Azmin Ali.

Dengan harapan bila Azmin Ali sarat dengan kuasa ekonomi maka beliau akan dikelilingi oleh ramai pemimpin dari seluruh parti politik. Termasuklah pemimpin dan jentera PKR yang akan menderhakai Presiden mereka Anwar Ibrahim.

Dikatakan juga dalam tempoh dua tahun ini Azmin akan dibantu oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraidah Kamarudin bagi memastikan jawatan Perdana Menteri Malaysia akan menjadi milik Azmin Ali.

Dalam pada itu Anwar Ibrahim sedang giat memasang strateginya iaitu berhubung rapat dengan raja-raja Melayu atau Agung dan berusaha melantik Peguam Negara yang baharu untuk nanti menghalang perancangan Mahathir.

Kalau dikira politik Azmin Ali tu cukup kuat. Selain menjadi orang nombor dua dalam PKR, Azmin juga mendapat sokongan dari parti PPBM Sabah aka parti Warisan.

Tapi tenang saja kamu para penyokong Anwar kerna dalam peperangan ini admin percaya UMNO sentiasa terbuka untuk Anwar Ibrahim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s