Semporna The Biggest Shithole In Malaysia – Pelancong Asing

The Biggest shithole in Malaysia kata masyarakat antarabangsa. Memalukan dan menyedihkan!

Beberapa hari yang lalu seorang pelancong asing telah memuat turun atau memviralkan tahap kebersihan daerah Semporna.

Nah kesannya, hari ini 11hb November kerajaan negeri Sabah telah menganjurkan program pembersihan Pekan Semporna yang dihadiri oleh majoritinya kakitangan awam dan murid-murid sekolah. 😊

Mahu masyarakat antarabangsa yang menegur pentadbiran daerah Semporna, barulah terhegeh hegeh mengambil tindakan. Tapi kalau masyarakat sendiri yang membangkitkanya maka mereka akan dikecam.

Sebenarnya itu baru sekelumit dari perkara perkara yang sekian lama telah menghimpit pemikiran dan sosial masyarakat Semporna.

Admin ambil contoh berhubung polemik kebersihan Pekan Semporna, berdekad yang lalu ia telah menjadi topik perbualan hangat dikalangan masyarakat politik maya Semporna. Ia dibincangkan di Facebook dan pelbagai idea telah diutarakan tapi tidak mendapat peduli, walaupun pegawai atau individu yang terbabit telah dimaklumkan secara langsung melalui tag atau nama mereka di mentioned semasa dalam perbincangan.

Kita sudah memberikan idea bernas untuk bagaimana menyelesaikan masalah kebersihan atau sampah di daerah Semporna tapi tidak diendahkan ironinya selang beberapa tahun, bulan, minggu dan hari idea yang sama akan dilontarkan oleh orang lain. Ini kes minta puji lah ni bukan benar benar untuk membantu!

Lagi menyedihkan walaupun perkara yang dipaparkan itu ada kaitannya dengan kegiatan jenayah dengan harapan masyarakat akan memviralkannya lalu ia mendapat tindakan susulan dari agensi yang bertanggungjawab. Tapi menyedihkan perkara itu tidak mendapat perhatian dari pemimpin atau masyarakat itu sendiri. Sikap yang amat menyedihkan!

Sebab itulah jangan ada yang merasa hairan bila kian hari masyarakat politik Semporna tidak lagi mengambil peduli akan kebobrokan yang berlaku di daerah Semporna. Jangan juga merasa hairan melihat sikap mementingkan diri yang semakin menebal di kalangan masyarakat.

Semoga pada satu hari, Semporna akan dikenali sebagai daerah terbersih di Malaysia dan masyarakatnya terpuji kerana bersikap tolerance.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s