Berita Keputusan Petisyen Serta Pertemuan Sulit GBS dan PM Mahathir

Cerita politik negeri Sabah semakin menarik. Menarik kerana sekarang ada dua kumpulan yang sedang menunggu keputusan mahkamah, keputusan itu nanti akan menentukan kumpulan mana yang sah mentadbir negeri Sabah. Adakah kumpulan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) atau Warisan. Kita tunggu tarikh 07hb November 2018.

Itu juga bermaksud hari ini Sabah ditadbir oleh kerajaan yang tidak ada autoriti atau tergantung.

Dalam pada itu telah berlaku dua polemik, satu keputusan dan yang kedua pertemuan sulit yang melibatkan GBS.

Begini ceritanya, kelmarin keputusan petisyen pilihanraya yang difailkan oleh Warisan terhadap Parlimen P180 Keningau telah diketahui bahwa mahkamah menolak petisyen itu dan mengarahkan Warisan agar membayar RM10 ribu kepada Dr Jeffrey sebagai ganti rugi.

Cerita kedua berhubung pertemuan pemimpin-pemimpin GBS dan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad. Khabar mengatakan, dalam pertemuan itu Dr Mahathir telah memohon maaf pada Dr Jeffrey Kitingan atas kesilapannya sebelum ini yang telah menolak agenda politik Dr Jeffrey Kitingan, MA63 sehingga beliau ditahan dan dipenjarakan dibawah akta ISA untuk beberapa tahun.

Rentetan pertemuan itu ia telah membongkar satu konspirasi yang melibatkan Dr Jeffrey Kitingan, dikatakan pihak kerajaan persekutuan telah cuba menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada Dr Jeffrey Kitingan. Pun begitu admin tidak berapa pasti bila sebenarnya tawaran itu berlaku, adakah sebelum atau selepas pilihanraya yang lalu.

Kelihatan juga dalam gambar Anifah Aman sedang bermesra dengan Mahathir Mohamad. Mungkin kah ada perkara yang menggembirakan mereka dan telah dipersetujui? Kita tunggu dan lihat!

Dalam politik yang sulit boleh berlaku yang senang sukar berlaku. Selepas ini kalau ada terjadi hal hal yang berada diluar jangkaan, nah janganlah hairan, namanya juga percaturan didalam politik.

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s