Tiada Sebab Kenapa Shafie Berbangga Pada Bajet 2019

Presiden Warisan Shafie kalau bab menokok tambah cerita bagi tujuan memanipulasi pemikiran masyarakat kampung, nah memang tidak dapat dinafikan agak licik.

Peruntukan apa dalam bajet 2019 yang boleh dibanggakan oleh kerajaan sementara negeri Sabah? tiada tapi cuba kamu baca atau dengar ulasan “Ketua Menteri” Shafie berhubung bajet berkenaan.

Katanya dia menyambut baik belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Ini kerana kononnya Sabah telah mendapat peningkatan peruntukan daripada 4.1 tahun 2018 kepada 5 billion. Walaubagaimanapun ia perlu diperincikan. Pula! 😊

Oleh itu kononnya dia berharap agar peruntukan itu dapat digunakan untuk pembangunan infrastruktur jalan raya, air, elektrik serta kemudahan kesihatan.

Alahai, kenyataan yang sangat-sangat skema. Hakikatnya peruntukan lima bilion itu adalah untuk meneruskan projek yang sedang berjalan di negeri Sabah sepertinya projek Pan Borneo dan projek menyediakan bekalan elektrik dan air diluar bandar. Begitu juga dengan aspek kesihatan dan keselamatan sememangnya ia sentiasa dalam perancangan kerajaan pusat walaupun hari ini Sabah masih ditadbir oleh BN.

Pokoknya dalam bajet 2019 Sabah hanya menerima peruntukan wajib, tidak ada perkara baru yang boleh dibanggakan. Tidak seperti zaman Shafie menjadi Menteri KKLW, dimana setiap tahun Kementeriannya mendapat peruntukan hampir 2 hingga 3 billion bagi tujuan membina projek baru dan menyelenggar projek di seluruh negeri Sabah.

Satu lagi kenapa presiden Warisan memuji peruntukan 5 bilion sedangkan perinciannya belum diketahui?

Tahukah anda selain untuk menampung projek yang sedang berjalan. Peruntukan 5 billion yang sengaja dibanggakan oleh presiden Warisan itu adalah termasuk peruntukan 150 juta untuk mengawal harga barang kawalan di negeri Sabah. Peruntukan ini adalah peruntukan yang wajib ada dalam setiap bajet tahunan, tinggal lagi pada pembentangan bajet kali ini Lim Guan Eng sengaja membesar besarkanya.

Shafie juga berpendapat pengurangan Levi pekerja asing akan menyebabkan syarikat-syarikat besar dan kecil akan mendapat perolehan atau keuntungan besar. Kenapa pula syarikat yang mendapat keuntungan sedangkan maksud pengurangan Levi untuk pekerja asing ialah kadar Levi yang ditanggung oleh pekerja asing sebelum ini akan dikurangkan. Bermaksud yang untung ialah pekerja asing, syarikat hanya dapat mengurangkan birokrasi pengambilan pekerja asing yang baru.

Dua lagi perkara yang sepatutnya telah memalukan kerajaan sementara Warisan dan tidak malah berbangga dengan bajet 2019.

Perkara pertama ialah dasar kabotaj yang kononnya akan dihapuskan oleh kerajaan Warisan tapi apa yang berlaku dalam bajet 2019 kerajaan pusat akan menjadikan tanah seluas 360 ekar di Pulau Indah sebagai zon perdagangan bebas bagi menyokong aktiviti perkapalan dan logistik di Pelabuhan Klang. Bermaksud agenda Warisan yang ingin menghapuskan dasar kabotaj di negeri Sabah hanyalah retorik bila mana Pelabuhan Klang terus diperkasakan.

Perkara kedua ialah dari sektor pelancongan. Pulau Pangkor telah dijadikan Pulau Bebas Cukai bagi menyerlahkan potensi sebenar Pulau berkenaan sebagai antara destinasi pelancongan utama di Malaysia. Sabah? pulau mana yang telah diserlahkan dalam bajet 2019 untuk diserlahkan sebagai antara pusat pelancongan di Malaysia?

Sebenarnya ada lagi beberapa perkara tapi biarlah, kita mahu tengok sejauh mana parti Warisan bersikap adil terhadap masyarakat Sabah.

Kesimpulannya bajet 2019 sikit pun tidak membawa perkara baharu yang boleh dibanggakan oleh masyarakat Sabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s