Shafie – Isteri Mewakili Menteri Bukan Isu Besar, Adeh!

Jawapan balas Presiden Warisan Shafie Apdal berhubung isteri Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah yang hadir sebagai wakil bagi merasmikan satu majlis graduasi sekolah menengah di daerah Papar.

Shafie beralasan ia bukannya satu masalah besar sebab dia hanyalah wakil dan isteri tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menurunkan tandatangan atau pun mengumumkan apa-apa projek dan isu itu tidak perlu diperbesar-besarkan.

Begitu pula standard jawapan Presiden Warisan, jadi kenapa sebelum ini tidak bersikap adil terhadap isteri mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak?

Apa yang dipersoalkan oleh masyarakat ialah bukan soal ada kuasa atau tiada dan boleh menabur projek. Tapi lebih kepada perbandingan, yang sebelum ini menjadi bahan politik penyokong pembangkang. Bilamana setiap kali isteri mantan Perdana Menteri Malaysia, Rosmah hadir ke majlis perasmian yang turut dihadiri oleh Najib Razak maka ia menjadi bahan cercaan pihak pembangkang, kononnya Rosmah lebih berkuasa daripada suaminya.

Lama kelamaan cacian itu mendarah daging dalam diri rakyat Malaysia hingga akhirnya BN dipandang serong sekaligus ditolak masyarat.

Perbandingan itu yang diperkatakan oleh masyarakat dan ingin memulangkan paku buah keras pada “kerajaan” Warisan.

Masyarakat pun tahulah yang isteri Menteri tidak mempunyai kuasa menganugerahkan projek. Alahai, macam lah orang Sabah tu bodoh bodoh!.

Kalau itulah jawapan Ketua Menteri sementara Sabah. Maka benarlah negeri Sabah ini bakal diurus seperti satu daerah Koboi yang terpencil.

Buat kerja sesuka hati sehinggalah ia mendapat teguran masyarakat, isunya bagaimanalah kalau masyarakat ini tidak lagi mengambil peduli, adakah perbuatan isteri yang mengambil tugas Menteri itu akan berterusan?.

Pada masyarakat politik Sabah lain kali jangan terus membuat teguran tapi biarkan ia berlaku berulang kali, kita tengok sejauh mana Warisan mengetahui kerja mereka 😂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s