Pembinaan Empangan Papar@Kiduan Dulu Bantah Sekarang Bina, Politik Munafik

Ini lagi satu cerita pasal kerajaan sementara Sabah, kerajaan Warisan. Cerita ini bikin senyum pun ada bikin marah pun ada tapi iya sudah cukup menggambarkan yang kerajaan sementara ini sebenarnya tidak bersungguh dalam memperjuangkan nasib masyarakat Sabah.

Dibantah bila tidak mengisi kantung sebaliknya disokong bila difikirkan mampu mengisi karung.

Malaysiakini melaporkan Ketua Menteri sementara Sabah Shafie Apdal telah mengesahkan bahawa pembinaan Empangan Papar telah diluluskan menerusi mesyuarat kabinet atas alasan ia merupakan satu keperluan kepada penduduk Sabah dan industri pelancongan.

Untuk makluman pembinaan Empangan ini telah dirancang dan cuba dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu BN tapi ditentang oleh pembangkang pro Warisan. Hari ini bila “kuasa” berada ditangan lain pula ceritanya.

Menurut mantan Adun Bongawan, Mohamad Alamin selama lima tahun beliau menjadi ahli dewan undangan Negeri Sabah dan boleh dikatakan setiap kali sesi dewan, Empangan Papar atau nama asalnya Empangan Kaiduan akan diangkat oleh wakil rakyat pembangkang semasa sesi soal jawab lisan atau dalam perbahasan.

Dimana pembinaan Empangan ini akan diangkat untuk dibantah sekeras-kerasnya dan sengaja tidak mahu faham sehingga pada satu ketika ia telah mengundang kekecewaan YB Menteri Pembangunan Infrastruktur waktu itu. Memandangkan kerajaan pada masa itu telah puas menjelaskan bahawa projek ini sangat memberi kebaikan kepada rakyat dan pampasan tertentu akan tetap diberikan kepada penduduk yang terlibat tapi malangnya masih juga dianggap bahwa projek ini akan menjejaskan kepentingan penduduk di kawasan yang terlibat.

Hari ini pembinaan Empangan berkenaan telah diluluskan oleh kerajaan sementara Warisan dengan kos dua bilion. Nak senyum kah nak marah? 😃

Sebelum ini Warisan sering mengecam kononnya pembalakan era BN di Sabah telah merosakkan alam sekitar begitu juga dengan pembinaan Empangan Kaiduan. Bagaimana pula dengan pembinaan Empangan Papar yang telah ditukar nama ini, tidak kah ia akan menjejaskan alam sekitar. Kantoi lagi!

Apa sudah jadi inikah yang dikatakan cakap tidak serupa bikin atau politik munafik, adakah Tuhan memberkati politik seperti ini?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.