Petunjuk Apa Selepas Solat Hajat dan Istikharah (Tok Pa)

Bila Mustapa Mohemad bersikap budiman keatas pengkritiknya ekoran tindakannya yang meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Bersatu, maka itu adalah sikap dan tindakan yang terpuji walaupun hanya dari konteks politik dan bukan prinsip seorang pejuang yang layak dicontohi.

Dia kata keputusannya itu demi mementingkan pengundinya, bagi memastikan hak rakyat di Jeli khususnya dapat diperjuangkan.

Pun begitu, kita tidak berapa bersetuju bila mana beliau mengaitkan penghijrahannya itu dengan keagamaan.

Dia kata sebelum mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Bersatu, sebenarnya ia telah melalui proses yang lama tidak tergesa-gesa melainkan mengerjakan solat hajat dan Istikharah selama sebulan.

Kenyataan kedua itu sangat-sangat tidak bertanggungjawab di mana seolah-olah UMNO begitu hina dan tidak lagi layak untuk diperjuangkan dan segala budi baik UMNO selama berdekad yang lalu tidak datang dari redha Allah dan usaha gigih pemimpin pemimpin UMNO, ini termasuklah usaha Mahathir selaku mantan Presiden UMNO.

Kalau pun benar beliau telah mengerjakan solat Hajat dan Istikharah serta telah mendapat petunjuk tapi perlu kah ia dinyatakan, sebaiknya bercakap saja dari konteks seorang ahli politik, barulah nampak seperti orang yang sarat dengan pengalaman berpolitik.

Kenapa jasa UMNO yang telah memerdekakan dan memajukan Malaysia, begitu mudah untuk dilupakan?

Jadi kita mahu tahu selepas sebulan mengerjakan solat hajat dan istikharah, petunjuk apa yang telah beliau nampak atau rasa hingga meringankan hasratnya untuk menyertai Parti Bersatu, ini amat penting untuk kita ketahui. Agar kita tahu adakah petunjuk itu ada kaitannya dengan UMNO?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s