Mak aii rupanya seorang anggota Polis yang berpangkat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, yang agak popular sejak kebelakangan ini kerana sering tampil di media perdana dan alternatif, berkaitan penangkapan keatas beberapa harta yang dipercayai milik isteri bekas seorang pemimpin di Kuala Lumpur. Rupanya terlibat dalam konspirasi 1MDB yang didalangi oleh Jho Low.
Rahsia ini didedahkan oleh bekas executive PetroSaudi, Xavier Justo yang menjadi saksi utama dalam siasatan 1MDB.
Bahawa dia didatangi oleh tiga anggota polis Malaysia yang mendesaknya agar membuat pengakuan atau kenyataan yang bertentangan dengan kedudukan sebenar perniagaan Petrosaudi dan hubungannya dengan 1MDB.
Justo dipaksa membuat kenyataan bahawa dirinya seorang lelaki yang jahat, suka pada wang ringgit manakala individu yang bernama Tarek yang juga pemilik Petrosaudi adalah entiti yang bagus.
Menariknya salah seorang anggota Polis yang dimaksudkan oleh Xavier Justo ialah Datuk Amar Singh Ishar Singh. Wow!
Jadi segala penemuan harta atau bukti yang ditemui oleh Datuk Amar Singh semasa menyiasat bekas isteri Perdana Menteri Malaysia tempoh hari boleh dipertikaikan ohh!
Atau Xavier Justo itu memang seorang penyangak berlidah biawak yang tidak boleh dipercayai apa lagi dalam siasatan skandal seperti 1MDB yang sangat komplikated.