Kenaikan Harga Gas Masak Mana Kabotaj Warisan?

Jadual diatas adalah kadar kenaikan harga gas masak bagi seluruh Malaysia dan sudah tentu akan melibatkan Sabah dan Sarawak bha kan? 😊

Sebelum ini untuk 12 Kg harganya baru RM22.80 tapi hari ini selepas kenaikan ia menjadi RM31.00

Kenaikan harga asas itu satu hal, kenaikan yang wajib di hadam oleh seluruh rakyat Sabah walaupun memenatkan. Padan muka!

Yang admin mahu ketengahkan di sini tambahan harga selepas harga asas baharu diatas. Kalau di Sabah kenaikan harga baharu RM31.00 itu akan sekali lagi mengalami kenaikan harga tambahan dalam sekitar RM35-40 bagi setiap tong ia bergantung pada lokasi, kemana tong gas itu akan diniagakan. Itu bererti masyarakat Sabah akan berhadapan dengan penambahan kos yang tidak munasabah.

Jadi inilah masanya bagi kerajaan sementara Warisan menunjukkan kredibiliti sekaligus mengotakan janji-janji mereka.

Lama sebelum ini kerajaan BN Sabah yang diketuai oleh Musa Aman, cuba mengurangkan bebanan harga barang seperti ini dengan mengimbangi sistem kabotaj tapi malangnya usaha murni itu telah dimanipulasi dan diremehkan oleh parti Warisan, khususnya oleh si Junz Wong selaku pemimpin Cina yang berasal daripada parti cauvins DAP, mereka kata usaha atau langkah yang diusahakan BN itu hanyalah retorik politik memandangkan PRU semakin dekat.

Klik link dibawah ;

Siapa yang bertanggungjawab menghapuskan Sistem Kabotaj

Hari ini Parti Warisan telah berjaya membentuk kerajaan sementara negeri Sabah. Jadi kita sebagai masyarakat Sabah menuntut agar kos tambahan selepas harga asas gas masak untuk negeri Sabah dapat diserap melalui penghapusan sistem kabotaj seperti mana janji mereka sebelum ini atau dengan cara apa sekalipun. Jangan hanya pandai mencipta agenda murahan!

Warisan apa cerita?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: