Ini adalah amanat atau pesanan Tun Sakaran mantan TYT negeri Sabah kepada pengundi di daerah Semporna.
Amanatnya ini menjurus kepada kelangsungan BN di daerah Semporna khususnya dan amnya negeri Sabah. Beliau merayu pada pengundi di daerah itu agar bersekutu untuk mengundi kesemua Calon BN, sepertinya calon untuk Parlimen Semporna Datuk Ramlee, calon DUN Sinallang, Datuk Nasir, calon DUN Bugaya, Datuk Razak dan calon DUN Sulabayan, Datuk Harman.
Untuk makluman, Tun Sakaran adalah pangkat ayah dan pakcik kepada Presiden Warisan, Shafie Apdal. Bererti Datuk Nasir dan Datuk Razak adalah adik kepada Presiden Warisan Shafie Apdal.
Dan ingat, mereka bukan sekadar kerabat tapi kroni yang mendapat banyak projek prasarana dari mantan Menteri KKLW Shafie Apdal. Berbanding penyokong Warisan yang hanya merasa secubit dedak atau lebih naif dari itu sekadar mendengar perkhabaran yang kononnya Presiden Warisan Shafie Apdal adalah pemimpin yang budiman.
Tapi itu semua tidak menghalang Tun Sakaran, Datuk Nasir, Datuk Razak dan ipar mereka yang juga calon BN di DUN Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal, untuk terus setia bersama BN.
Jadi buka mata dan hati, fikirkan. Tidaklah Tun Sakaran serta anak dan menantunya menolak politik Warisan kalau perjuangan Shafie Apdal melalui parti Warisan itu sendiri ada kebenarannya.
Mustahil Shafie Apdal tidak mampu mempengaruhi mereka, andai perjuangannya boleh diterima Tun Sakaran yang cukup masak dengan asam garam politik Sabah.
Persoalannya adakah kerabat Tun Sakaran itu tidak cerdik berbanding totok totok Warisan sedangkan majoritinya tidak pun mengenali secara dekat kepimpinan Shafie Apdal. Jadi tengok cermin tu dulu jangan sampai dianggap barua politik. Ini pointnya!
Itu juga bererti, pada penyokong Warisan yang ada diseluruh Sabah, hadamkan artikel ini adakah kamu itu lebih cerdik dari legasi Tun Sakaran?
Sebelum ini ada sudah dua atau tiga artikel berhubung penolakan keluarga Tun Sakaran keatas politik Warisan.
https://jalinluin.com/2018/02/06/jangan-cuba-cuba-menukar-kerajaan-bn-yusof-apdal/
Pssshhhhh. Satu atau dua calon Warisan di Semporna adalah games Shafie. Masih belum nampak kah? Mahu admin update kah! 🤓
#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah #tolakpembangkang
apa macam sekarang? ada baik? heehehehe
LikeLike
Aku tidak perlu cakap banyak.
Nampaknya separuh rakyat Sabah memang ada maruah termasuk aku. Yang pangkah dacing tu memang tidak tahu letak di mana maruah mereka.
Apa macam saudara admin? Punya ramai orang keluar dari PH atau Warisan..boleh pulak menang? Haha
Ingatlah..dedak itu tidak akan mampu mengalahkan kebenaran. Yang batil tidak akan mampu bertahan.
Hidup kuasa rakyat!!!
Hidup Tun M..PM baru kita!!!
Buktikan Malaysia akan lebih maju aman makmur di bawah pemerintahan anda!!!
Oh ya…Tiada belas kasihan untuk pemakan2 dedak seperti admin!!! 😉
Sekian
LikeLiked by 2 people