Jangan Cuba Cuba Menukar Kerajaan BN – Yusof Apdal

Ketua UMNO Bahagian Silam yang juga Yb DUN Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal berkata agar rakyat tidak seharusnya mencuba parti pembangkang termasuk Parti Warisan yang masih belum terbukti keupayaannya.

Maksudnya tu Parti Warisan ni parti yang baru berumur setahun jagung jadi belum layak untuk diberikan kepercayaan apalagi ia dipimpin oleh mereka yang telah pun terbukti gagal sebelum ini.

Tambahnya, tidak salah jika rakyat menukar kerajaan, jika UMNO atau Barisan Nasional gagal dalam membangun negara dan mensejahterakan rakyat. Namun selama pemerintahan UMNO, kejayaan demi kejayaan dari semua aspek termasuk pembangunan fizikal dan modal insan dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat.

Menurut beliau lagi kerajaan BN akan sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak rakyat termasuk dari segi infrastruktur dan keperluan rakyat.

Terdapat pelbagai contoh usaha yang dilakukan oleh UMNO atau BN yang boleh dijadikan bukti komitmen kerajaan terhadap rakyat.

Semua itu beliau nyatakan semasa berucap bagi merasmikan tiga jambatan besi di Kampung Sepagaya Hulu dan Kampung Sepagaya tengah yang menggantikan jambatan gantung sebelum ini. Justeru itu boleh mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri KKLW, Datuk Ismail Sabri kerana telah menyalurkan peruntukan untuk membina jambatan tersebut.

https://jalinluin.files.wordpress.com/2018/02/fb_img_1517885775421.jpg

Kepada penyokong atau ahli parti pembangkang seperti Warisan. Agak-agak kamulah dengan terzahirnya kenyataan seumpama itu, adakah Datuk Yusof Apdal yang juga adik kepada Presiden Warisan, Shafie Apdal. Tidak intelek, tidak patriotik terhadap negeri dan orang Sabah? Memandangkan sebelum ini jentera Warisan sering mendakwa sesiapa yang tidak menyokong Parti Warisan maka mereka adalah pembelot dan penderhaka. 😃

2 comments

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: