Pemilik Equanimity Menyaman DOJ & Indonesia

Pemilik Equanimity Menyaman DOJ & Indonesia

Apa yang dapat dibuktikan berdasarkan artikel dibawah? Ini membuktikan kapal layar Equanimity tidak ada kaitannya dengan 1MDB.

Equanimity, Jho Low dan Malaysia aka 1MDB adalah entiti entiti yang berbeza, tidak sama. Faham?

Lalu bagaimana pula dengan tohmahan pembangkang dan beberapa bekas pemimpin BN yang berlagak budiman seperti Rais Yatim dan Rafidah Aziz, dimana mereka sebelum ini dengan lantang mengaitkan Equanimity dengan PM Najib Razak. Tidak rasa bersalah kah?


KUALA LUMPUR: Tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menyita kapal layar mewah ‘The Equanimity’ dengan kerjasama pihak berkuasa Indonesia, kini dicabar di mahkamah Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

Equanimity (Cayman) Limited, selaku pemilik sah kapal berkenaan, yang menyifatkan DOJ dan pihak berkuasa Indonesia bertindak melampaui had perundangan negara masing-masing dalam isu terbabit, sudah memfailkan dokumen berkaitan di mahkamah kedua-dua negara bagi membuktikannya.

Pemilik kapal itu mendakwa, DOJ sendiri menangguhkan kes berkaitan aset berkenaan tahun lalu dan tiada langkah diambil membuktikan berlaku sebarang salah laku, namun menyita kapalnya di Indonesia, sedangkan perintah penangguhan yang dikeluarkan mahkamah berhubung kes itu masih sah.

“Tindakan DOJ memfailkan (kes) di California adalah usaha untuk menggunakan dakwaan yang boleh dipertikaikan mengenai tindakan yang diambil sebelum ini bagi menutup tindakannya sendiri yang bercanggah dengan undang-undang di Indonesia.

“Seperti ditunjukkan dalam dokumen mahkamah yang difailkan Equanimity (Cayman) Limited, tindakan DOJ hanya akan menjejaskan nilai kapal terbabit dengan ketara, selain mendedahkan anak kapal kepada bahaya.

“Tindakan itu tidak perlu sama sekali kerana kami sentiasa sedia menjual kapal berkenaan sementara kes DOJ masih berjalan. Sekiranya jualan dibuat berdasarkan keadaan pasaran yang mencerminkan nilai sebenar dan mendapat harga yang adil,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di London, semalam.

Equanimity (Cayman) Limited turut mendakwa pendekatan diambil DOJ hanya menjejaskan nilai kapal berkenaan, sedangkan badan itu belum menunjukkan sebarang hak perundangan untuk membuat tuntutan.

Katanya, badan itu juga tidak cuba mendapatkan hak milik kapal mewah itu dengan menghubungi pihaknya, yang sudah menyatakan kesediaan bekerjasama dengan DOJ dan mahkamah AS.

Tambah kenyataan itu, walaupun DOJ boleh mengambil mana-mana tindakan yang dinyatakan itu pada bila-bila masa, namun badan itu memilih jalan yang sebenarnya tidak perlu, mahal dan tidak dirancang dengan baik apabila menyita kapal berkenaan di perairan Indonesia, sekali gus menjejaskan nilainya.

Susulan itu, pada Rabu lalu, Equanimity (Cayman) Limited selaku pemilik kapal, memfailkan jawapan bagi memperbetulkan kesilapan fakta dan salah tafsir dalam dokumen terbaru yang difailkan kerajaan (AS).

Ia mendakwa, bercanggah dengan dakwaan dibuat dalam dokumen difailkan kerajaan (AS) itu, lokasi kapal mewah berkenaan tidak pernah dirahsiakan dan Equanimity (Cayman) Limited tidak mengambil sebarang langkah untuk menjejaskan nilainya.

Malah, dakwanya, Kerajaan (AS) tidak mengambil sebarang langkah untuk membuktikan kesnya atau hak ke atas kapal berkenaan serta tiada penemuan menunjukkan berlakunya sebarang salah laku.

Justeru itu, Equanimity (Cayman) Limited, selaku pemilik ‘The Equanimity’ bertekad meneruskan usaha melindungi hak dan asetnya.

Sumber Berita Harian

6 Comments

  1. Aduh..kesiannya admin ini. Kamu tidak baca berita2 bahasa inggeris kah?

    Ambil sumber berita hairan. Memanglah kena tipu dengan berita spin. Apatah lagi kalau memang jenis otak bengap..

    Admin dapat dedak berapa banyak? Cukupkah untuk sara hidup anak2? Berkat kah? Kenapa go all out membela si jho low itu?

    Memalukan betul.

    Like

    Reply

      1. Apa beza jadi tukang subahat? Amno sabah sudah subahat dengan penyonglap dan kleptokrasi! Maksudnya SUDAH jadi pengkhianat negara. Kalau terang2 begitu pun kau masih mau sokong, bagus sangat kah kau? Terus2an membela jho low dan encik pinochio yang mencuri harta negara? Baguskah itu? Tidak malu kah?

        Kau pun tahu macamana itu sprm kan?

        Yang pasti berita2 DoJ ialah FACT NEWS. Bukan fake news! Kalau kau ada otak dan hati yang baik, pasti kau akan fikir banyak kali. Unless dedak haram sudah jadi isi perut kau hari2 la..confirm tidak dapat fikir punya 🙂

        Like

  2. Satu saja nasihat aku sama rakyat Sabah yang ada baca ini blog.

    TOLONGLAH JADI ORANG SABAH YANG BERMARUAH!

    Terima kasih 🙂

    Like

    Reply

    1. Lagi dianggap tidak bermaruah bila tetap menyokong pemimpin pembangkang yang telah disiasat oleh SPRM, sudahlah begitu hanya beberapa ketul orang Sabah yang terbela walaupun dengan cara yang salah. Tapi hari ini sibuk kononnya memperjuangkan orang orang Sabah itulah parti Warisan.

      Begitu juga dengan Dr M selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia tapi yang berlaku pada negeri Sabah? Tidak terbela malah mana mana pemimpin yang menuntut perjanjian 1963 agar dikaji semula pasti akan di tahan dibawah akta ISA.

      Soalan saya, apa kebaikan pembangkang pembangkang diatas kepada orang orang?

      Like

      Reply

  3. Aduhai..kamu ni admin. Betul2 memalukan org sabah la.

    Kau fikir warisan sj yg disiasat? Kau lupa pasal pengarah air yg dikaitkan dengan pemimpin amno? Kau pura2 lupa ada pemimpin amno tenom dan tawau pun disiasat juga?

    Sudahla terang2 sokong penyamun yg memalukan negara, lagi mau spin kah?

    Sekurang2nya shafie itu menentang penyamun 1mdb smp hilang jawatan. Akhirnya terbukti kisah mo1 dan jho low itu FAKTA BENAR. Berbanding pemimpin2 amno sabah yg lain? Esp si saleh tu, bukankah bersubahat? Maruah mana? Habis dimakihamun rakyat setiap hari..memalukan betul!

    Pasal tun m,, kau lupakah semua pemimpin amno sabah yg ada skrg ni lah yg menjilat dan menyokong dia dulu..kenapa kau tidak kecam pemimpin2 amno sabah itu jugak? Mana maruah?

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s