KOTA KINABALU: Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman menepis tuduhan pembangkang yang menuduh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) satu bentuk sogokan, kerana ia bantuan ikhlas dari kerajaan untuk rakyat.

Musa ketika berucap di satu sesi pembentangan BR1M di Sandakan hari ini berkata bantuan itu khusus untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan kewangan.

“Kami tak peduli apa yang dikatakan oleh pembangkang kerana apa yang penting ialah kami komited membantu rakyat.

Beliau berkata kerajaan memberi bantuan terus kepada rakyat sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan program bantuan itu dalam ucapan Bajet 2012.

“Inilah janji yang dilaksanakan kerajaan untuk membantu rakyat daripada pelbagai latar belakang setiap tahun sejak 2012,” kata Musa.

Ketua menteri menyerahkan sumbangan BR1M kepada 2,952 penerima di DUN Sungai Sibuga. Musa merupakan wakil rakyat mereka.

Beliau menasihatkan penerima supaya menggunakan bantuan wang tunai itu secara bijak.

Sumber.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s