MP Kalabakan Datuk Ghafur Salleh menuntut peruntukan 8 billion yang disalurkan ke kementerian KKLW tapi diseleweng oleh mantan Menteri KKLW iaitu hari ini Presiden Warisan Shafie agar dipulangkan balik kepada masyarakat Sabah.
Dalam pada itu Datuk Ghapur Salleh juga mendakwa Kerajaan Persekutuan telah melakukan kesalahan kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap bekas Menteri Luar Bandar berkenaan.
“Saya selaku ahli Parlimen dari Sabah, kerajaan persekutuan sudah buat kesalahan. Kami mahu minta ganti RM8 bilion ini, rakyat Sabah marah,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Semporna serta bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 19 Oktober lalu dalam siasatan berkaitan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah berjumlah RM1.5 bilion
Presiden Parti Warisan Sabah itu dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 pada 27 Oktober lalu.
Kira-kira 350 projek di bawah KKLW yang pernah diketuai Shafie dilaporkan dipantau SPRM atas dakwaan penyelewengan dana persekutuan.
Dana RM1.5 bilion itu dikatakan sebahagian daripada RM7.5 bilion untuk pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan, antara 2009 hingga 2015.
SPRM menyoal siasat lebih 45 orang dan menyiasat 72 syarikat di Sabah. Kira-kira RM170 juta aset dan wang dalam akaun bank milik beberapa syarikat terbabit dalam projek itu dilapor dibekukan SPRM.
Hasilnya tuntutan MP Kalabakan itu telah mendapat perhatian dari Menteri KKLW, Ismail Sabri yang beliau akan membangkitkan tuntutan pemimpin dari Sabah itu kepada kerajaan Persekutuan.
Bagaimana pula dengan Warisan, apa reaksi dari mereka, apa yang mereka boleh perkatakan? Siasatan SPRM tempoh hari adalah palsu kah!
Kalau betul Shafie Afdal songlap duit 8 BILLION, buat apa dia susah payah
tubuh WARISAN, lebih baik dia beli kapal mewah macam JH.Low beli
THE EQUINMITIY, duduk terapong di lautan, enjoy sakan.
Memang bodoh orang yang cakap Sahfie kebas duit rakyat sabah 8 billion!!!!
Tengok gaya hidup Shafiee dan keluarganya dengan cara hidup orang
yang kebas duit berbillion daripada rakyat MALAYSIA. Orang yang kebas duit berratus billion, pakai intan berlian harga beratus juta, jam tangan richard Mills silih berganti, harga ratusan juta. Berjetting ke hulu ke hilir. Sebijik hanbag je dah bernilai 1 juta. Tak makan nasi tapi makan Quineo.
Adakah bini Shafie pakai intan berlian beratus juta……….?????
LikeLiked by 1 person