Hari itu usai mengerjakan solat Jumaat, admin terserempak dan bercerita dengan tiga individu, seorang ketua Cawangan UMNO, seorang penyokong “Warisan” dan seorang lagi admin tidak mengenalinya.
Mulanya kami bercerita mengenai kegagalan pemimpin atau kepimpinan Parti “Warisan”. Tidak lama selepas itu ia meleret ke satu topik yang admin sendiri tidak terfikir dan sudah tentulah admin tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Tapi sebaliknya beliau memang menceritakan perkara itu kepada admin dan berdasarkan bahasa tubuhnya ia agak meyakinkan.
Dan untuk makluman ketika cerita berjalan rancak. Cepat cepat admin menamatkannya, kerna malas mengambil peduli hal hal seumpama itu.
Dia kata, ada satu parti tempatan Sabah yang menyimpan sejumlah wang/dana di Selatan Philipine yang akan digunakan untuk pilihanraya yang akan datang. Tapi sehingga hari itu wang atau dana berkenaan gagal dibawa masuk ke Sabah. Ini mungkin kerana faktor kawalan ketat Esscom di sepanjang pantai timur Sabah. (lebih kurang begitulah)
Jadi pada bakal bakal calon dan pengikut parti berkenaan, kamu fikir fikirkanlah sendiri. Kamu berfikirlah dari semua aspek, termasuklah aspek keselamatan malah kedaulatan sekali pun.
Nah, dana itu sudah tidak ada yang ada hanyalah dana air liur itupun kebanyakannya fitnah. Sedangkan masyarakat Sabah ini bijak bijak belaka. Macam mana tu?
#BNforSabahan #sesumpah