Aktivis Zainnal Ajamain (Warisan) Cakap Tidak Serupa Bikin

Kali ini kita bercerita pasal seorang aktivis, saudara Zainal Ajamain, dia berdasarkan kenyataannya telah mencemuh ikrar Menteri Luar Negeri Datuk Anifah Aman.

Dimana sebelum ini Anifah Aman berjanji akan keluar dari UMNO dan meletakkan jawatan sebagai Menteri andai tuntutan My Sabah (hak Sabah) berdasarkan perjanjian Malaysia 1963 tidak ditunaikan oleh PM Najib Razak (Persekutuan). Iaitu janji 40% daripada keuntungan Sabah akan dipulangkan balik kepada kerajaan Sabah.

Kerana itulah Zainnal Ajamain berpendapat kononnya Menteri Luar, Anifah Aman tidak tahu tentang perjanjian 1963 itu sendiri.

Zainnal mempersoalkan adakah hak Sabah itu setakat tuntutan 40%. Kalau jawapannya ya, maka ia tidak mencukupi kerna menurut kajiannya ada 50 perkara yang dilanggar oleh Persekutuan.

Oleh itu, menurut aktivis berkenaan kalau benar Persekutuan ingin melaksanakan perjanjian 1963 maka sewajarnya lah kesemua perkara perkara itu ditunaikan.

Tapi kan untuk menuntut kesemua perkara berdasarkan perjanjian 1963, semestinyalah terlebih dahulu Sabah dibawa keluar dari Malaysia. Barulah dengan sendirinya ia dapat ditunaikan.

Kerana itu tidak keterlaluan kalau kita berpendapat, kenyataan saudara Zainnal itu hanyalah retorik tidak masuk akal dan cakap tidak serupa bikin.

Untuk makluman Zainnal Ajamain adalah penyokong parti Warisan. Parti yang berkerjasama dengan PPBM aka PH dari Semenanjung. Lalu bagaimana kesemua tuntutan berkenaan dapat direalisasikan sedangkan Warisan berkerjasama dengan parti daripada Semenanjung iaitu PH. Seperti momokan Zainnal itu sendiri dimana kononnya selagi BN Sabah berkerjasama dengan Federal aka parti daripada Semenanjung maka selagi itu tuntutan perjanjian 1963 tidak terlaksana.

Berulang kali kita menyarankan pada parti Warisan, supaya tidak hanya pandai menggagalkan usaha orang lain. Iaitu usaha BN menuntut kandungan perjanjian 1963 dengan cara yang tersendiri.

Oleh itu kalau benar Warisan ingin menuntut 20 secara total tanpa kerjasama dari Federal maka jalannya ialah dipersilakan mereka membuat memorendum khas menuntut Sabah keluar dari Malaysia. Bukannya melalui proses pilihanraya dan melacurkan perjanjian 1963. Hemmm.

Adakah Warisan aka Zainnal Ajamain berani menyahut cabaran ini? Berbuih sudah ni, hemm.

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: