Anifah Aman Letak Jawatan & Keluar UMNO – MA63

Menteri Luar Negeri Anifah Aman berjanji akan melepaskan jawatannya dan keluar dari Umno jika perdana menteri gagal melaksanakan janjinya untuk mengembalikan hak keistimewaan Sabah.

Ahli Parlimen Kimanis itu bagaimanapun berkata beliau yakin bahawa Najib seorang yang menepati janjinya.

“Saya yakin Barisan Nasional (BN) akan tetap menang pilihan raya kali ini… tetapi jika Najib gagal menunaikan janjinya. Saya tidak mahu jadi menteri; saya tidak akan lagi bersama Umno,” katanya pada sebuah acara di SK Kimanis, di Kimanis hari ini.

Anifah berkata beliau mahu melihat hak keistimewaan Sabah dikembalikan seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ia antara sebab mengapa beliau melancarkan inisiatif yang dinamankan MySabah dan memulakan perbincangan mengenai MA63 bersama pemimpin kerajaan mahupun pembangkang.

“Perdana menteri sudah berjanji untuk memulangkan hak negeri, tidak kira kerajaan Persekutuan telah mengambilnya secara tidak sengaja atau tidak, atau melaksanakn semua yang dipersetujui dalam MA63… dan saya yakin Najib, adalah orang yang tidak memungkiri janjinya.”

Mengulas pengembalian semula hak minyak dan gas Sarawak, Anifah berkata negeri tersebut mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan hak mereka kembali sementara Sabah akan tetap menggunakan pendekatan diplomatik melalui saluran dialog dan rundingan.

Beliau berkata tidak seperti Sabah, Sarawak tidak layak untuk menuntut 40% daripada keuntungan pendapatan bersih yang dikutip Kerajaan Persekutuaan, seperti yang termaktub dalam MA63.

Mesyuarat hak negeri Sabah dan Peguam Negara Mohd Apandi Ali mengadakan pertemuan dan perbincangan pada 9 Februari lepas berhubung pengembalian hak Sabah.

Apandi mendedahkan bahawa Sabah mempunyai hak dalam Artikel 112D, yang menyatakan negeri itu mempunyai hak untuk menuntut 40% daripada keuntungan pendapatan bersih yang dikutip Kerajaan Persekutuaan untuk setiap lima tahun.

Najib telah menabur pelbagai janji berhubung isu mengembalikan hak keistimewaan Sabah dan Sarawak, malah pernah mengulangi janji yang sama ketika sambutan Hari Malaysia yang diadakan di kedua-dua negeri tersebut. – 10 Mac, 2018.

Sumber The Malaysian Insight

2 thoughts on “Anifah Aman Letak Jawatan & Keluar UMNO – MA63

Add yours

  1. Dalam MA63 hanya Sarawak yang ada hak untuk keluar dari malaysia kerana Sarawak adalah (Sebuah Negara Di Dalam Malaysia) sebab itulah mengapa rakyat malaysia yang bukan Sarawakian harus pakai paspot bila nak masuk ke Sarawak.
    SABAH ITU LAIN SEBAB DALAM MALAYSIA SABAH ADALAH (NEGERI NEGERI DI DALAM MALAYSIA).

    Like

  2. MA63 (Malaysian Agreement 1963) Samada Sabah or Sarawak mahu keluar malaysia, pertubuhan SabahSarawakKeluarMalaysia tidak akan mencapai impian mereka kerana Pertubuhan SabahSarawakKeluarMalaysia itu satu pertubuhan yang MISKIN tidak ada sumber kewangan yang cukup dan juga merupakan pertubuhan/pergerakkan yang hanya (Hangat Hangat Taik Ayam sahaja).

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: