Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman menegaskan bahawa kerajaan akan terus membantu anggota Rela agar pasukan itu dapat melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan berkesan.

Sebagai bukti baru-baru ini kerajaan negeri telah memperuntukkan enam juta untuk pembelian pakaian seragam dan keperluan lain kepada anggota rela di seluruh Sabah selain tanah seluas 20 ekar di Sandakan telah diwartakan sebagai pusat latihan rela

Tidak Hanya itu kerajaan akan terus mencari jalan bagaimana untuk memperkasakan Rela. Ini kerana menurut Ketua Menteri Sabah kehadiran Rela di seluruh Sabah telah membawa banyak perubahan dalam konteks keselamatan dan ketenteraman. Rela juga mendapat tempat di hati masyarakat sebagai salah satu pasukan keselamatan yang terdiri daripada anggota sukarelawan yang ikhlas berjuang demi negara dan bangsa.

Sebelum ini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah mengumumkan kenaikan kadar elaun anggota RELA daripada 6 kepada 8 ringgit sejam bagi anggota biasa manakala 7 ringgit 80 sen kepada 9 ringgit 80 sen sejam bagi pegawai Rela.


Pada anggota Rela teruskan berkhidmat untuk masyarakat, ketepikan momokan kosong pihak pembangkang yang cuba merendahkan martabat atau kemampuan Rela.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s