Exco Warisan Cakap Lebih Pasal 1MDB, Bagaimana Skandal KKLW?

Terbaca kenyataan dari exco Warisan, mereka kononnya malu pada pemimpin BN kerana menafikan skandal 1MDB.

Oleh itu kononnya Warisan merayu agar BN disingkirkan dari Sabah.

Ini pula rayuan dari kami masyarakat Sabah kepada masyarakat Malaysia umumnya, khasnya Sabahan. Tolong jangan beri peluang kali kedua kepada barisan kepimpinan parti Warisan untuk memerintah negeri ini. Kami takut negeri ini akan tergadai kepada pihak luar. Memandangkan telah terbukti sebelum ini mereka gagal memikul tanggungjawab mereka, sama ada sebagai wakil rakyat atau kerana telah terpalit dalam penyelewengan peruntukan hingga disiasat oleh SPRM.

Tidak usahlah Warisan berlagak suci. Sehingga hari ini si Michael Persius yang bersekongkol menyeleweng dana untuk membeli tanah di Tongod masih menghilangkan diri aka disembunyikan oleh Warisan.

Begitu dengan skandal loji air Sungai Intan, sudahlah dananya di seleweng malah loji itu tidak berjaya menyelesaikan air di daerah Semporna, bekalan air masih dicatur.

Begitu juga dengan bekalan air dan letrik diluar bandar Sabah sehingga hari masih banyak yang belum menerima bekalan, walhal pada masa itu berbilion peruntukan telah disalurkan ke kementerian KKLW tapi tidak dimanfaatkan malah diseleweng.

Pokoknya skandal 1MDB sedang dalam siasatan DOJ dan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang dipanggil untuk disiasat. Berbanding beberapa pemimpin Warisan pusat yang telah pun direman oleh SPRM selepas terbabit menyeleweng dana rakyat Malaysia melalui skandal KKLW.

Lain kali janganlah jentera Warisan
berlagak suci. Tidak ada masyarakat Sabah yang mahu dipimpin oleh bekas Menteri yang terbukti tidak amanah.

Shame on you lah!

1 komen

  1. Bila ditanya pasal
    1MDB jawapannya dalam siasatan DOJ. Bila dikemukakan pertanyaan dijawap masalah air diselangor lebih penting berbanding isu 1MDB nmpak x bodoh kerajaan bn ni?? Kalau stakat blog ditulis oleh diri sendiri dan dirisendiri tu adalah pencacai tegar BN mmng la BN yg diselamatkan. Dahulu jawapan hakim negara tentang 1MDB adalah xda penyelewangan dana malaysia. Tapi sekarang lain pulak tnggu jawapan dari DOJ apa banggang la punya jawapan pencacai tegar BN ni bagi.

    Liked by 1 person

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: