Lima orang remaja atau belia berjaya dicekup di lapangan terbang Sandakan, selepas didapati menyeludup dadah dari Semenanjung.
Isunya, macam mana ya dadah yang dibawa menggunakan beg bagasi boleh terlepas dari pemeriksaan (scan) di lapangan terbang Kuala Lumpur?
Itu baru satu atau dua yang kita ketahui telah berjaya cekup di lapangan terbang. Sebelum ini?
Nasib baiklah, kebetulan anggota penguatkuasa yang ditugaskan di lapangan terbang Sandakan itu amat prihatin. Nah kalau mereka itu jenis, gaji baru siput tapi ingin kelihatan kaya mewah. Nah habislah, semakin berlambaklah dadah aka syabu di pasaran.
Akhirnya yang menjadi mangsa ialah belia remaja yang menjadi penagih. Sedangkan pengedar serta anggota keselamatan yang tidak bertanggungjawab semakin “kaya”.
Kita doakan semoga remaja belia itu diberikan kesempatan untuk bertaubat. Sedang kakitangan yang bertanggungjawab meloloskan dadah di lapangan terbang Kuala Lumpur, semoga dia dan semua ahli keluarganya dihinakan oleh Allah. Selama mana dia tidak bertanggungjawab dan tidak bertaubat.