Peter Anthony Digesa Membuat Permohonan Maaf – Murut

Salah seorang Naib Presiden Parti Warisan, semacam cuba merendahkan martabat bangsa KDM. Kerana kepentingan sanggup Warisan memutar belit sejarah Sabah. Begitu kah style politik Warisan?

Untuk apa Warisan membangkitkan kewujudan bangsa, walhal ia sudah tercatat sebagai sejarah awal. Ingin mencetuskan huru hara kah?

Sejak bila pula si Peter Anthony menjadi pakar sejarah?

Ahli MINDS (Murut Institute for Development Studies) menyifatkan kenyataan Naib Presiden Warisan Sabah Peter Anthony tidak tepat. Apabila dia mendakwa, orang asal Sabah ialah kononnya dari etnik Bajau, Suluk dan Simunul. Dia mendakwa sedemikian semasa berceramah di Matunggung pada 14 Februari yang lalu.

Rentetan itu ia telah menimbulkan Ketidakpuasan hati dikalangan kaum Murut, selain persatuan yang dikenali sebagai MINDS.

Sebelum ini Naib Presiden Warisan, Peter Anthony semasa berceramah di Matunggung, Kudat dalam program bicara Presiden. Ucapannya itu telah berjaya dirakam dalam bentuk video yang berdurasi 28 saat, kini tular di media sosial. Dipetik sebagai berkata “dia orang ni tahukah soal fakta sejarah di Sabah…suku kaum etnik Suluk Bajau dan Simunul merupakan orang pertama dijumpai di Sabah dan mereka ini di recognise oleh the British Government pada ketika itu”

Sedangkan kalau mengikut salah seorang ahli persatuan MINDS, Anif, bahawa sejarah yang dimiliki oleh Peter Anthony itu jelas kurang tepat dan agak bercanggah dengan penjelasan seorang penulis buku “The Pagans North Borneo” Rotters Owen menulis bahawa orang Sabah yang terawal di temui adalah suku Kaum Murut.

Buku The Pagans of North Borneo dicetak pada tahun 1929.

Menurut Anif lagi, mungkin apa yang dijelaskan oleh Peter Anthony itu sekadar mendengar cerita, daripada pihak ketiga dan bukan hasil penyelidikannya sendiri.

Justeru itu MINDS sebagai kumpulan penyelidik pembangunan masyarakat Murut, merasakan tindak tanduk serta kenyataan itu telah mencetuskan rasa kurang senang. Malah seolah-olah cuba memesongkan fakta sejarah, menyebabkan status orang asal Murut tersisih atau terpadam.

Oleh itu, MINDS meminta Naib Presiden Warisan Peter Anthony meminta maaf secara terbuka kepada masyarakat orang asal, di atas perbuatannya dan sekiranya beliau gagal berbuat demikian, MINDS dan masyarakat Murut Mamagun tidak akan teragak-agak untuk memfailkan saman di mahkamah anak negeri, berhubung pelanggarannya dari segi adat istiadat suku Kaum Murut.

Kepada Parti Warisan, kalau iya pun sudah mula merasa kehilangan sokongan, nah janganlah bha sampai mempolitikkan bangsa atau cuba untuk memadam sejarah.

Sabah sudah merdeka sejak berdekad yang lalu tapi tidak pernah ada parti di negeri ini yang extremely mempolitikkan bangsa.

Nampak gayanya, andai Warisan menjadi kerajaan, silap haribulan sejarah kewujudan kaum Murut akan lenyap dari bumi Sabah.

One thought on “Peter Anthony Digesa Membuat Permohonan Maaf – Murut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s