Warisan Tidak Senang Selepas KM Musa Memuji Kepimpinan BN Sabah

Sikap skema pemimpin Warisan atau Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking semakin menonjol.

Dia tidak bersetuju atau tidak suka pada pujian yang telah diberikan oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman terhadap pemimpin pemimpin BN yang berbangsa KDM.

Dimana Musa Aman semasa merasmikan pemukiman pemimpin kompenan BN. Telah memuji Presiden PBS, Joseph Pairing Kitingan, Presiden PBRS, Joseph Kurup dan Timbalan Presiden PBS, Maximus Ongkili. Serta Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau sebagai pejuang sebenar pembangunan Sabah.

Darel kata, ahli politik adalah wakil rakyat saja, oleh itu kerja mereka tidak harus ditonjolkan. Maksudnya tu tidak usahlah dipuji. (aduh bikin muntah)

Dia kata lagi, bukan ahli politik yang berjuang untuk negeri Sabah tetapi rakyat. (aduh bikin muntah)

Oleh itu semestinya tiru macam dia, seorang ahli politik yang memahami dan tidak memerlukan perhatian. (aduh muntah hijau kita)

Perangai si Darell ni sama dengan perangai si Peter, sanggup menjual keintelektualan mereka. Demi habuan “politik” semata mata, sedangkan jentera Warisan diperingkat akar umbi, hidup segan mati tak mau.

Kita tahu sebelum ini, Peter seorang Naib Presiden Parti Warisan Sabah, sanggup menafikan kewujudan kaum Murut sebagai kaum asal di negeri Sabah. Ekoran itu dia digesa supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kaum berkenaan.

Sudah minta maaf kah si Peter tu?

Hari ini giliran si Darel pula enggan menerima pengiktirafan dari Ketua Menteri Sabah sekaligus menafikan jasa pemimpin yang sebangsa dengannya, hanya kerana mereka adalah pemimpin BN.

Persoalannya, itu bererti Presiden Warisan tidak mahu ditonjolkan kah, masuk akal?

Kalau benar pemimpin Warisan tidak mengharapkan pujian lalu dikenali, jadi untuk apa gambar Shafie, Darell dan Peter di tempel kan dihampir setiap banner Warisan?

Juga untuk apa jentera rasmi Warisan membandingkan Musa Aman dan Shafie. Dengan melontarkan pujian pujian yang sebenarnya tidak wujud tanpa BN yang menjadi wadah kepada perjuangan Shafie hingga dilantik sebagai Menteri. Bukan kah itu bertujuan untuk menonjolkan Shafie selaku Presiden parti?

Baik, kita “akur” sajalah pada skema si Darell diatas. Tapi jangan dia lupa, kalau bukan pemimpin yang disanjung tonjolkan, maka sudah tentulah ada sesuatu atau pihak yang wajar dihargai. Iaitu parti sebagai wadah perjuangan setiap pemimpin politik.

Bak kata Datuk Tawfiq kenanglah parti BN yang sentiasa mensejahterakan kehidupan rakyat.

Tapi kenapa Shafie yang mendapat kedudukan melalui parti BN tapi tidak dihargai. Malah berusaha pula menghalau BN aka UMNO dari Sabah?

Parti Warisan ni, semakin hari semakin kalut, apa yang mereka perkatakan tampak tidak sejajar dengan perbuatan diri dan penyokong Warisan. Seperti juga halnya dengan kenyataan terbaru Setiausaha Agung, Lorettoo yang cuba menonjolkan parti Warisan sebagai parti untuk kononnya semua kaum.

Sedangkan semua orang tahu hampir setiap hari jentera Warisan mengherdik bangsa yang tidak sehaluan dengan mereka. Dan kebanyakan jentera Warisan percaya, bahwa matlamat parti Warisan ialah memperjuangkan bangsa masing masing. Tidak kah ia bertentangan dengan apa yang cuba ditonjolkan oleh Setiausaha Agung Warisan?

Geli hati, bila ada pemain politik seperti si Darell kononnya tidak mahu ditonjolkan. Poyoh, mengada ada!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: