Ibarat menukar baju baru tetapi masih mempunyai keperibadian yang lama. Itulah gambaran yang diberikan oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Anifah Aman terhadap perjuangan Sabah Ubah, parti Warisan atau Shafie Apdal.
Sebelum ini Shafie Apdal adalah pemimpin UMNO dan berjawatan Naib Presiden UMNO Malaysia dan pernah memegang beberapa jawatan Menteri utama diperingkat persekutuan.
Tapi waktu itu tidak pula Shafie Apdal memperjuangkan hak hak Sabah berdasarkan perjanjian 1963. Hanya selepas beliau digantung dan menubuhkan Parti Warisan barulah slogan memperjuangkan hak-hak Sabah kedengaran.
Kerana itulah menurut Menteri luar Malaysia, Anifah Aman, tidak ada sebab untuk rakyat Sabah mencuba baju baharu kerana belum tentu yang baharu itu lebih baik yang dari yang lama.
Malahan sudah teruji pun sebelum ini, Shafie gagal memanfaatkan jawatan Menteri KKLW yang bertanggungjawab menjaga atau memberikan keperluan prasarana kepada masyarakat luar bandar Sabah khususnya. Yang dok kaya mewah hingga dicekup oleh SPRM hanya itulah kroni dan kerabat mereka. Hemmm
Hakikatnya menurut Anifah yang mahu mengubah Sabah itu sama juga orang lama, dia mahu menukar baju tapi hati sama kepala tidak tukar. Cuma baju saja yang tukar dan dia tidak pernah menyuarakan hak Sabah semasa berada dalam kerajaan.
Pada admin tidak hanya semasa dalam kerajaan tapi sebelum lagi dalam kerajaan, Shafie Apdal tidak pernah menyuarakan hak hak orang Sabah berdasarkan perjanjian 1963. Hanya selepas digantung dari UMNO dan secara tiba tiba menubuhkan parti Warisan.
Sejak bila Shafie memperjuangkan hak hak Sabah berdasarkan perjanjian Malaysia? Cuba konon turunkan disini. Adakah semasa beliau dalam kerajaan, beliau memperjuangkannya tapi dihalang oleh Persekutuan?
Secara logiknya lah andai pada masa beliau bersama BN dan beliau ada menyuarakan misi dan visi masyarakat Sabah tapi dihalang oleh Persekutuan maka sudah tentulah sejak dari dulu kita ada mendengar atau terbaca ketidakpuasan hatinya dicatatkan di portal portal pro kerajaan dan pembangkang. Tapi tidak pernah ada pun, sebaliknya beliau meminta pada orang Sabah agar kononnya jangan keliru dengan 20 perkara atau perjanjian Malaysia 1963.
https://jalinluin.com/2018/01/20/jangan-keliru-dokumen-20-perkara-shafie-apdal/
Tidak seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin pemimpin BN Sabah walaupun dalam kerajaan tapi mereka tegas dan berani memperjuangkan hak hak Sabah.
https://jalinluin.com/2017/04/11/musa-ajak-pembangkang-duduk-berbincang-ma63/
https://jalinluin.com/2018/02/09/sabah-terus-melangkah-menuntut-hak-hak-ma63-anifah-aman/
Satu lagi hal berkaitan dengan kenyataan dari satu kononnya NGO PEWARSA yang sebenarnya sebahagian dari jentera parti Warisan.
NGO berkenaan merujuk kepada kenyataan Menteri Luar, Anifah Aman sebelum ini yang berkata kita tidak seharusnya membenarkan orang luar mentadbir negeri kita. Tapi telah diputar belit oleh NGO berkenaan, kononnya kenyataan itu adalah bertujuan untuk menyokong Presiden Warisan, Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah. Ini kerana kononnya UMNO adalah parti dari luar.
Sedangkan apa yang dimaksudkan oleh Anifah itu ialah kerana ancaman yang senantiasa ada dari pihak luar yang ingin menuntut Sabah. Maka janganlah masyarakat Sabah menambah lagi kekuatan mereka, yakni terpedaya lalu menyokong parti yang tidak jelas hala tuju perjuangannya seperti mana parti Warisan hingga akhirnya Sabah diperintah oleh orang luar. Kerna perjuangan itu datang dari orang luar.
Kalau ikut cakap MUSA AMAN, mdemang cuma dia je yang
pderjuangkan nasib orang sabah……………..(MUNTAH)
LikeLike