Kenapa Warisan Menyalahkan BN Sedangkan Yang Menuntut Adalah Manila πŸ™ƒ

Hari ini jentera pembangkang berabis menafikan entri yang bertajuk Jawatankuasa Menuntut Sabah Dimasukkan Dalam Wilayah Filipina.

https://jalinluin.com/2018/01/31/jawatankuasa-menuntut-sabah-dimasukkan-dalam-wilayah-filipina/

Berbagai kenyataan dan sumpah sarana yang mereka lontarkan terhadap pemimpin dan penyokong penyokong BN.

Kerna kononnya entri itu adalah propaganda BN yang sengaja dicipta untuk menakut nakutkan rakyat Sabah memandangkan PRU semakin dekat. Malah ada dikalangan jentera Warisan yang emosi lalu melihat entri itu sebagai penghinaan terhadap diri atau bangsa mereka. (admin tidak faham dari sudut mana entri itu telah menganggu emosi jentera jentera tolol tu, walhal semua bangsa yang ada di Sabah ini menolak angan angan Manila)

Tapi baru sebentar tadi Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking memuat kenyataan rasmi bahawa Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh BN tidak boleh terus mengatakan ia tidak mengiktiraf tuntutan keatas Sabah oleh Manila. Hanya kerana kerajaan berpendapat bahawa isu itu tidak mempunyai tindakbalas politik

Tambahnya lagi kerajaan ini harus menegur Manila seperti mana Najib ketika Amerika mengakui jerusalem sebagai ibu kota israel.

Sehubungan dengan itu Timbalan Presiden Parti Warisan juga mendesak agar kehadiran pendatang asing atau PTI dibenteras habis habisan seperti yang dilaporkan oleh RCI.

Jadi kenapa lagi ada segelintir mereka yang ada bau bau PTI separuh mati mempertahankan Warisan ni ya? Mereka ingat mentang mentanglah pada logo Warisan tu ada terlakar perahu “katig” (katig adalah sejenis perahu yang digunakan oleh PTI) maka semua Bajau Suluk menyokong parti Warisan kah? Silap mereka hakikatnya majoriti Bajau Suluk anti parti Warisan.

Isunya kenapa pula BN yang dipersalahkan oleh Warisan sedangkan yang menuntut Sabah adalah Manila? Sepatutnya pemimpin dan jentera Warisan membuang ego mereka dan turut mempertahankan keberadaan Sabah di dalam Malaysia. Bukannya BN selaku parti pemerintah yang didesak.

Dan bukannya Warisan tidak maklum pendirian BN dalam hal ini, seperti dibawah,

https://jalinluin.com/2018/02/01/malaysia-tidak-akan-layan-tuntutan-manila-ke-atas-sabah/

https://jalinluin.com/2018/02/01/tidak-mengiktiraf-sebarang-tuntutan-keatas-sabah-musa-aman/

Nampak tak dua kenyataan yang jauh berbeza ibarat langit dengan bumi. Ironinya siapa sebenarnya yang naif ni jentera kah atau pemimpin parti Warisan?

Menunjukkan tuntunan itu adalah cerita benar dari negara jiran terhadap kedaulatan negeri Sabah dan penafian dari semua jentera Warisan terbukti fitnah dan tolol. He

Terimalah hakikat yang Parti Warisan disertai oleh ramai jentera jentera yang tidak rasional terhadap isu yang dibangkitkan. Ini kerana akal fikir mereka hanya terfokus satu objek iaitu parti Warisan.

Malah tidak keterlaluan kalau kita katakan kebanyakan jentera Warisan itu tidak tahu apa yang diperjuangkan oleh parti mereka. Kerana itu sering kita dapati kenyataan mereka berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin rasmi Warisan, walhal ia merujuk pada isu yang sama. Bikin lucu!

Ironinya ke kantoian jentera Warisan tidak hanya terbukti pada isu ini tapi pada banyak isu sebelum ini diantaranya kerjasama Parti Warisan dengan parti parti daripada Semenanjung atau PH. Shame on you lah!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: