Malaysia Tidak Akan Layan Tuntutan Manila Ke atas Sabah

Malaysia hari ini menegaskan sekali lagi pendiriannya yang tidak akan mengiktiraf dan melayan tuntutan mana-mana pihak terhadap Sabah.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Pertubuhan Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa telah mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak penubuhan persekutuan ini pada 16 Sept 1963.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan seorang anggota Jawatankuasa Perundingan Filipina Aquilino Pimentel Jr seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Menurut laporan itu, Pimentel, yang dilantik bagi mengkaji semula Perlembagaan 1987, berkata beliau akan mencadangkan kemasukan Sabah ke dalam Filipina sebagai sebahagian daripada peralihan negara itu kepada sistem kerajaan persekutuan.

” Kenyataan (tuntutan) seperti ini akan hanya mendedahkan kejahilan tentang sejarah dan undang-undang antarabangsa di pihak mereka yang menyuarakannya serta berpotensi untuk merosakkan hubungan dua hala yang begitu kukuh antara Malaysia dan Filipina ketika ini,” kata Anifah dalam kenyataan.

Semasa Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur pada 1977, Presiden Ferdinand Marcos berikrar untuk menggugurkan tuntutan Filipina terhadap Sabah yang wujud sejak sekian lama sebelum itu.

FMT


Jawatankuasa menuntut Sabah dimasukkan dalam Wilayah Filipina.

https://jalinluin.com/2018/01/31/jawatankuasa-menuntut-sabah-dimasukkan-dalam-wilayah-filipina/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: