Presiden Warisan, Shafie bagi pihak PPBM aka Dr Mahathir merayu pada rakyat Sabah agar memaafkan Dr M atas semua kesalahan yang pernah dia lakukan sebelum ini. Begitu mudah?

Itu termasuklah kesalahan yang sudah mendarah daging kepada rakyat Sabah, sepertinya; –

1. Terus memperkenalkan Ic Projek pada pendatang asing walaupun selepas era pelarian dari selatan Philipines dan negara jiran yang lain. Menyebabkan sehingga hari ini rakyat Sabah menanggung banyak kesannya yang negatif. Kamu carilah sendiri kesan yang admin maksudkan tu ya. Pun begitu pada mereka yang telah mendapat Ic Projek selepas tempoh itu, sebaiknya meneruskan sokongan mereka terhadap BN sebagai balasan. Kerana Dr Mahathir pada masa itu menggunakan kuasa politik BN untuk melaksanakannya hingga menjejaskan nama BN.

2. Kerana sikap Dr M yang kita tahu bersifat kuku besi dan sebenarnya tidak berpandangan jauh demi masa depan rakyat Sabah. Walaupun pada masa itu dia cukup berkuasa dan memerintah dalam tempoh yang lama, 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tapi Sabah hanya mendapat royalti minyak sebanyak 5% sehinggalah hari ini. Nasib baiklah pentadbiran negeri dibawah kepimpinan Tan Sri Musa Aman bijak memanfaatkan kedudukannya dengan menjadikan satu anak syarikat milik kerajaan negeri menjadi kontraktor atau kluster di dalam Petronas melalui kontrak cari gali minyak.

3.https://jalinluin.com/2017/12/15/hanya-mereka-yang-tidak-waras-menyokong-semula-dr-m-sebagai-pm/

Nampaknya Dr M dan Shafie punya ciri ciri pemimpin yang kurang atau tidak bertanggungjawab.

Begitu mudah mereka membuat permohonan maaf, sedangkan mereka sendiri belum tentu mudah memaafkan orang lain. Lihat saja kenyataan politik dari dua pemimpin ini, tidak pernah lekang menyalahkan pemimpin dan parti BN. Seolah olah parti ini tidak pernah memberikan mereka peluang sebagai pemimpin tertinggi dan Menteri.

Satu lagi, seolah olah kesalahan yang mereka telah lakukan sikit pun tidak menyentuh hati atau memberikan kesan pada jiwa mereka, ibarat melepaskan batuk di tangga.

Berbalik kepada permohonan maaf. Hakikatnya sebagai masyarakat politik lagi berakal tidak salah untuk memaafkan orang lain. Tetapi kemaafan itu hanyalah menjurus kepada kesalahan yang sudah berlalu dan bukannya kesan dari kesalahan itu sendiri.

Dan adalah tindakan yang sangat tolol dari rakyat Sabah andai mereka sanggup memaafkan Dr M secara total. Sedangkan mereka tahu Dr M ada cita cita untuk sekali lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Alsebab itulah, admin yakin rakyat Sabah tidak akan memaafkan Dr M.

Sepatutnya kalau benar Shafie ikhlas ingin membela rakyat Sabah dan menyedari kesalahan bossnya Dr Mahathir terhadap rakyat Sabah dan mereka ada cita cita ingin menjadi nombor satu di Semenanjung dan Sabah. Nah jangan lagi dia menambah kemarahan rakyat Sabah hingga tersangka sebagai pemimpin yang terlibat menyeleweng dana masyarakat miskin luar bandar Sabah yang membawa kepada siasatan oleh SPRM.

Secara tidak langsung rayuan maaf ini telah membocorkan tembelang mereka, terbukti Warisan adalah sekutu PPBM.

Jangan ingat orang Sabah ni tidak ada akal dan maruah ahh, sepertinya penyokong Warisan, menyokong tanpa usul periksa lagi membabi buta. 😷

5 thoughts on “Maafkan Mahathir Rayu Shafie. Semudah itu?

  1. Bukankah yang jatuhkan party SABAH itu UMNO…..??????
    Takda kena mengena dengna HARAPAN atau WARISAN.
    Dah 30 tahun masa berlalu, Umno tetap kamu terima.

    Like

  2. HAHAHAHA………….kihkihkih.
    SIAPA sebenarnya yang beri IC kat pendatang harem Filipino…?
    I heard stories from pegawai pendaftaran yang pergi ke kawasan-
    kaswasan perdalaman untuk daftar atau banci penduduk untuk
    diberikan IC in the 70ies, bila sampai ke sesuatu kawasan,
    orang filipino dah ada menunggu.
    Ketua Kampong siap mengaku mereka penduduk tempatan.
    Ini kerja Mahadir ke…..??????
    Nak tulis tu, tengoklah kiri kanan dulu.

    Like

    1. Sudah dengar pengakuan dari Dr M kah? 😃

      Masyarakat Sabah tidak kisah pun bab memberikan IC kepada mereka yang pada masa itu berstatus pelarian aka awal kemerdekaan sama ada dari Philipine atau Indonesia, sebab perkara sama juga berlaku di Semenanjung

      Yang menjadi persoalan bila Dr M berusaha menjatuhkan parti daripada Sabah dengan menggunakan Ic Projek yakni selepas era pelarian.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s